- Kelana United Sambung Dominasi
Kelana United mara ke separuh akhir selepas mendominas perlawanani dan mengalahkan FC SWAT 2-0. Kelana meletakkan FC SWAT bawah tekanan dari mula minit pertama dan mereka berjaya mendapatkan gol pembukaan selepas gol yang cantik dari luar kotak dijaringkan oleh Nurul Nadia Roslan.
Kelana menggandakan gol pada minit ke-42 dari tandukan Nurin Umairah selepas penjaga gol FC SWAT Norazizah Nazri gagal menangkap sepakan percuma Nur Ainsyah Murad. Kelana United mengakhiri perlawanan dengan 20 percubaan dan 54% penguasaan bola, menunjukkan lagi sekali lagi mereka patut diberi perhatian.
Walaupun FC SWAT ada beberapa peluang untuk mendapatkan kembali satu gol, mereka sentiasa dinafikan oleh keberanian penjaga gol Kelana United, Farah Syakira yang berjaya mendapatkan ‘clean sheet’ untuk pasukannya.
- Pengalaman Mengatasi Umur
Dalam satu perlawanan yang mungkin dianggap sebagai perlawanan diantara dua generasi, MBSJ menunjukkan kelebihan pengalaman selepas mengatasi Leopard 2-0. Leopard menunjukkan ketenangan menghadapi serangan MBSJ pada awal perlawanan, namun rancangan mereka berantakan selepas percubaan Nur Lyana Soberi dari luar kotak masuk ke gawang gol selepas keadaan huru-hara dalam kotak Leopard tidak lama sebelum itu.
Sebelum tamat babak pertama, hantaran Siti Asnidah berjaya sampai ke Fatin Shahida pada sayap kanan dan pemain sayap menghantar bola rendah ke Qaseh Rania untuk gol kedua.
Selain mendominasi pasukan muda, MBSJ juga berjaya dari segi pertahanan dengan ‘double pivot’ mereka Siti Asnidah dan Nur Lyana memintas serangan dalam kawasan tengah dan gandingan pertahanan Sterfi Sarge Kaur dan Nur Balqis Zamri menghasilkan kekecewaan untuk serangan Leopard jika barisan tengah ditebusi.
Malam perlawanan Leopard dipendekkan selepas Dian Aqilah hampir mengambil kesempatan atas kelekaan pertahanan MBSJ pada minit terakhir perlawanan, namun percubaan beliau terkena palang gol.
- UiTM Melalui Kekacauan Sepakan Penalti
UiTM menunjukkan kehandalan mereka selepas berjaya bangkit daripada 0-1 untuk menyamakan skor ke 1-1 beberapa minit sebelum masa penuh. Namun, usaha mereka tidak membuahkan hasil selepas kalah sepakan penalti 5-4 kepada FC Spicegals.
Akubat terpaksa mengejar perlawanan melalui gol sendiri Aina Suraya, UiTM mula mencari gol penyamaan namun mengalami kesusahan. Akhirnya, Nur Fazira Sani berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64 selepas Spicegals gagal memintas hantaran Siti Nurkhaleeda.
Dengan gol tersebut, perlawanan dibawa ke sepakan penalti untuk menentukan kemenangan. Selepas Nur Fazira dan Puteri Noralisa gagal menjaringkan percubaan mereka, dua-dua pasukan berjaya menjaringkan empat penalti seterusnya dan ‘sudden death’ diperlukan.
Anis Aishah untuk UiTM mengambil sepakan UiTM keenam dan Roszaini Bakar berjaya menghalang percubaan beliau lalu Emma Hankins menyempurnakan percubaan beliau untuk menghantar Spicegals ke separuh akhir dan menyingkirkan UiTM.
- Henrietta Kembali Dengan Penuh Impak
Untuk perlawanan kedua berturut-turut, Henrietta Justine menjaringkan dua gol untuk menempah tiket separuh akhir UPNM selepas menewaskan PJKita 2-1. Cara beliau menjaringkan dua gol tersebut adalah peringatan kepada semua tentang kemahiran teknikal bertahap tinggi yang dimilik Henrietta.
Henrietta membuka tirai gol pada minit ke-22 selepas mengelak bentesan Zolyn Zulaiqha, sebelum beliau melancarkan rembatan deras dari luar kotak penalti dan berjaya mengalahkan penjaga gol PJKita. Bagi gol kedua, Henreitta memberi tekanan kepada Salmi Norain dan berjaya mendapatkan kembali bola. Selepas itu, gerakan lincah beliau mengalahkan Salmi dan Zolyn sebelum menjaringkan gol kedua UPNM.
Walaupun gol minit ke-59 Atin Surang memberikan harapan kepada PJKita, UPNM berjaya bertahan dan menang untuk layak ke separuh akhir.