Reviu FAS WSL 2023: ‘Talking Points’ Perlawanan Minggu 5

ARTIKEL OLEH:

  1. Misi PJKita Selesai Dengan Cemerlang

Memasuki perlawanan minggu kelima, cuma satu tempat suku akhir yang belum dimiliki. Perlawanan SA United dan PJKita FC serta NSFA lawan dengan FC SWAT menjadi medan percubaan terakhir untuk menjadi pasukan ke-8 dan terakhir ke pusingan seterusnya. Untuk PJKita, matlamatnya adalah senang: Menang dan mereka masuk ke peringkat seterusnya dan mereka berjaya dengan bergaya selepas mengatasi SA United 4-1. 

Tiga gol awal babak pertama daripada Siti Aisyah Zakaria dan dua gol daripada Atin Surang meletakkan PJKita ke jalan untuk tiga mata penting dan memusnahkan lagi harapan SA United yang juga memburu slot terakhir. Percubaan jauh Nabila Shahirah pada minit ke-45 masuk ke gawang gol untuk gol ke-4 manakala Thanessha Kurunathan menjaringkan gol saguhati untuk SA United pada minit ke-66

Dengan kemenangan PJKita, keputusan ini menyebabkan misi NSFA tidak kesampaian dengan kekalahan 0-1 menentang FC SWAT

  1. MBSJ Menumpaskan Spicegals

Dalam perlawanan penentuan pemenang kumpulan, semua menjangkakan satu perlawanan yang sengit antara dua pasukan teratas kumpulan A. Tetapi sebaliknya yang berlaku di mana MBSJ mendominasi seluruh perlawanan dan mereka menang 3-0.

Spicegals kelihatan tidak selesa dengan corak perlawanan pada awal perlawanan. Peluang diambil oleh MBSJ dengan serangan pantas ke arah ‘final third’ Spicegals dan mereka berjaya mendapatkan dua gol dalam enam minit pertama. Gol pertama dijaringkan oleh Nur Afrina Azhar dan sepakan penalti Steffi Sarge Kaur setelah Afrina dijatuhkan.

Spicegals mula mendapat rentak pada babak separuh masa kedua namu sudah terlambat dan mereka tidak dapat memberikan masalah kepada MBSJ. Pasukan dari Subang Jaya mendapatkan ‘icing on the cake’ di mana mereka menambah lagi gol sebelum masa penuh daripada Nur Shazreen Munazli.

  1. Tembok Besar UPNM

UPNM mengakhiri peringkat kumpulan mereka dengan bergaya selepas menewaskan Sternen 4-0. UPNM cuma memerlukan separuh masa pertama untuk menjaringkan semua empat gol mereka, yang dihasilkan oleh Nurul Arliana Nabila, Nur Faidza Nur Aiman dan dua gol dari Henrietta Justine menyelesaikan kerja UPNM dengan efektif.


Dengan kemenangan ini, UPNM mengakhiri peringkat kumpulan di tempat pertama dengan rekod 100% kemenangan tanpa bolos gol pada di mana barisan pertahanan mereka dan juga penjaga gol Nurul Azurin Mazlan memainkan peranan yang penting untuk mencapai tersebut.

  1. Gol pembukaan yang mengejutkan

Leopard dan PNSB dapat mengejutkan pasukan perlawanan dengan menjaringkan gol pertama perlawanan semasa menentang Kelana United dan UiTM Lioness masing-masing.

Namun, apa mereka lakukan adalah memberi ‘wake up call’ kepada lawan mereka di mana Kelana United dan UiTM membalas balik dengan menghasilkan banyak gol. UiTM meletakkan bola dalam gawang gol PNSB empat kali untuk menang 4-1 manakala Kelana United menang 6-1 di mana tiga pemain menjaring dua gol.

Lakshmi yang membuat kemunculan sulung menjaringkan dua gol untuk Kelana United, dan pencapaian beliau pada setakat ini tidak patut diabaikan.

  1. Intan Sarah Menyambung Prestasi Hebat

Intan Sarah Anisah berada di bangku simpanan semasa permulaan Kelana United menentang Leopard. Namun, beliau dibawa masuk pada seawal minit ke-23 menggantikan Nur Hayya Asyiqah tidak lama selepas Leopard membuka tirai gol melalui jaringan cantik Nur Marissa Aleya. Intan Sarah menjadi pemangkin semangat dengan mendaftarkan dua lagi gol serta menghasilkan tiga ‘assist’ dalam kemenangan 6-1 atas Leopard.


Dengan itu, Intan Sarah bukan sahaja menjadi penjaring gol terbanyak WSL setakat ini dengan lapan gol, empat lebih dari penjaring gol terbanyak kedua, beliau juga ialah ‘assist leader’ dengan 6 ‘assists. Prestasi Intan Sarah sekarang sangat hangat dan beliau pasti akan menyambung momentum dalaim peringkat kalah mati yang menanti, bermula dengan FC SWAT pada suku akhir.

Berita Terkini