Reviu FAS WSL 2023: ‘Talking Points’ Perlawanan Minggu 3

ARTIKEL OLEH:

  1. Malam Rabu Yang Membuntukan

Minggu perlawanan mungkin boleh dianggap sebagai minggu yang sangat sengit. Ini kerana tiga perlawanan minggu ini berakhir dengan keputusan 0-0 di mana semua perlawanan tersebut dijalankan pada Rabu malam. Tambahan pula, dua daripada tiga perlawanan boleh dikatakan sebagai ‘Matches Of The Week’ di mana FC SWAT menentang MBSJ di Kumpulan A dan Kelana United berlawan UiTM Lioness di Kumpulan B.


MBSJ mendominasi FC SWAT dan mereka pasti merasa kecewa kerana gagal menjaringkan gol serta beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan. Walau bagaimanapun, FC SWAT juga mendapat beberapa peluang keemasan untuk mendapat gol, namun gagal menyempurnakannya. Manakala bagi Kelana United dan UiTM, kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan satu mata masing-masing selepas perlawanan yang seimbang.

Tetapi, keputusan yang pasti paling mengejutkan adalah…

  1. Serangan UPNM Gagal Memecah Pertahanan PNSB

Huruf P dalam PNSB boleh dikatakan bermaksud ‘pertahanan’ kerana PNSB memeranjatkan semua dengan membawa pulang satu mata selepas keputusan 0-0 menentang UPNM yang terdiri daripada pemain-pemain yang jauh lebih berpengalaman. Faktor utama PNSB berjaya mengutip satu mata tersebut ialah penjaga gol mereka, Nur Syazana Tarmuji yang baru sahaja menyertai PNSB semasa jendela perpindahan pertama. 

UPNM mendaftar 19 percubaan, 9 on-target, dan Nur Syazana berkerja keras sebagai barisan pertahanan terakhir selepas menghentikan semua percubaan ‘on-target’ UPNM. Nur Syazana berhak diberikan ‘Star of The Match’ selepas prestasi yang memukau dan hebat. Walaupun UPNM masih selesa berdekatan puncak kumpulan B, mereka pasti akan bertanya kepada diri sendiri apa lagi yang perlu dilakukan mereka untuk mendapat gol.

  1. Nur Farishah dan FC Spicegals Menghukum SA United

Satu keputusan yang berbeza pada malam Rabu adalah SA United menentang FC Spicegals di mana Spicegals menang 2-0. Walaubagaimanapun, keputusan mungkin berubah jika beberapa peluang diambil dengan betul.

Meskipun membawa masuk beberapa pemain penyerang baru yang menyerlah dan mendominasi babak pertama perlawanan, SA United masih lagi gagal menjaringkan gol dari ‘open play’ selepas membazirkan beberapa peluang keemasan untuk membina momentum.

FC Spicegals akhirnya menghukum kekurangan tersebut dengan prestasi yang lebih baik pada separuh masa kedua. Nur Farishah Erinna menjadi pemain tumpuan selepas hantarannya memaksa Nurhadfina Firdaus menjaringkan gol sendiri dan menjadi penjaring selepas percubaan rendahnya mengalahkan penjaga gol SA United, Norfaridah Satari untuk menjadi

‘Star Of The Match’.

  1. PJKita Tambah Derita NSFA

Pada minggu perlawanan lepas, MBSJ mendaftarkan 27 percubaan terhadap gawang gol NSFA. Kini, PJKita menghasilkan 31 percubaan dan mendapat keputusan 3-0 yang sama. 

Siti Khatijah dan Farahiyah Ridzuan menjaringkan gol dalam jurang dua minit dari minit ke-15 untuk meletakkan PJKita di hadapan. Selepas itu, kombinasi prestasi penjaga gol, halangan pemain pertahanan dan percubaan yang lepas sasaran adalah faktor PJKita tidak dapat menambah jumlah gol sampai ke minit terakhir oleh Nurulain Afiqah yang menjaringkan gol ketiga.


Walaubagaimanapun, NSFA juga terpaksa membawa keluar pemain pertahanan Ayuni Nur Basirah dan penjaga gol Norazira Irinie pada awal perlawanan akibat kecederaan yang akan pasti menambah beban untuk NSFA.

  1. Leopard Memecah Kemarau Gol Dan Kemenangan, Tetapi…

SSS Leopard cuma perlu dua minit perlawanan untuk membuka tirai gol selepas percubaan Dian Aqilah menuju ke arah ‘far post’, setelah mengambil kesempatan atas kelekaan barisan pertahanan Sternen. Walaupun mempunyai lebih banyak percubaan berbanding Sternen, gol tersebut cukup untuk Leopard mengutip tiga mata pertama dalam musim ini dan sekaligus, meningkatkan peluang kelayakan ke peringkat seterusnya.

Walaupun menang, Leopard pasti risau dengan status kecergasan pilihan pertama pemain pertahanan Nur Yusrina Syasya selepas beliau terpaksa diganti seawal enam minit akibat kecederaan. Tambahan lagi, panggilan pemain ke skuad kebangsaan B-20 dan B-17 yang berkemungkinan melibatkan pemain pasukan Leopard pasti membuatkan pengurusan pasukan mereka untuk berfikir panjang menyusun pemain-pemain mereka bagi perlawanan akan datang.

Keputusan penuh perlawanan minggu 3 FAS WSL 2023

Kumpulan A
FC SWAT 0 – 0 MBSJ

SA United 0 – 0 Spicegals

N. Sembilan FA 0 – 3 PJ Kita

Kumpulan B

Kelana United 0 – 0 UiTM

UPNM 0 – 0 PNSB

SSS Leopard 1 – 0 Sternen

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »