Reviu FAS WSL 2023: ‘Talking Points’ Perlawanan Minggu 2

ARTIKEL OLEH:

  1. Satu Sasaran, Satu Gol

Selepas perlawanan di mana mereka menjangkakan patut mendapat lebih banyak gol bertemu Leopard, UPNM pasti berpuas hati dengan sekali lagi mendapatkan satu gol sahaja untuk mengatasi Kelana United. Satu perlawanan yang lebih mencabar selepas perlawanan yang seimbang.

Menyambung momentum dari minggu lepas, Eva Olivianie Antinus sekali lagi terlibat dalam menghasilkan jaringkan. Kali ini sebagai penjaring apabila beliau mengambil kesempatan ‘loose ball’ selepas penjaga gol Kelana, Farah Syakira gagal menangkap sepakan percuma Nur Hafizatul Alya pada minit ke-18. Situasi demikian menjadi merupakan perbezaan di antara dua pasukan tersebut di mana UPNM berjaya mengambil peluang dan Kelana tidak.

Sternen juga perlukan satu gol sahaja untuk mengatasi PNSB dimana kedua-dua pasukan memerlukan suatu rangsangan selepas dikalahkan pada minggu pertama. Hantaran rendah Nur Najihah Azmi menjumpai Hazrika Hafawati dan percubaan pemain sayap ke arah tiang gol berjaya mengalahkan penjaga gol PNSB Rasyidah Aminullah untuk mendapatkan kemenangan pertama Sternen.

  1. Spicegals Menambah Lagi Kepedasan

FC Spicegals mengekalkan momentum baik mereka selepas mengambil kesempatan atas kelekaan PJKita FC dengan keputusan masa penuh, 3-1. Spicegals perlukan dua minit sahaja untuk membuka tirai gol selapas ketiadaan pemain pertahanan PJKita untuk menjaga Nur Haniza Saarani yang berjaya mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol. Selepas itu, PJKita gagal menghentikan sepakan percuma FC Spicegals pada minit ke-11 yang membenarkan Nur Farishah Erinna untuk memasukan bola ke gawang gol terbuka. Untuk gol ketiga, Chang Qian Yu gagal memintas hantaran jauh Nelly Jamini dan Nur Haniza berjaya menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga Spicegals.

Walaupun berada dalam posisi yang kurang baik, PJKita masih tidak putus asa dan terus bekerja keras untuk mendapat sekurang-kurangnya satu gol. Dan mereka berjaya menghasilkannya dari sepakan percuma Nur Zunadzirah Zuzaili. Mereka hampir mendapatkan gol kedua dalam masa tambahan, namun percubaan Nurulain Afiqah bejaya dipintas oleh penjaga gol Spicegals Siti Noor Maslinah.

  1. MBSJ Tidak Memberi NSFA Bernafas

Untuk menunjukkan dominasi kemenangan 3-0 MBSJ atas NSFA, MBSJ mendaftarkan 27 percubaan bebanding dengan NSFA yang langsung tidak menguji penjaga gol MBSJ manakala Norazira Irinie, penjaga gol NSFA, mendaftarkan sembilan ‘saves’. MBSJ mempuratakan satu gol setiap sembilan percubaan di mana Qaseh Rania menambah rekod gol beliau untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-13.

Namun, MBSJ memerlukan masa yang lebih untuk menghasilkan gol kedua sehingga minit ke-57 selepas Norazira gagal memintas hantaran rendah Fatin Shahida dan pemain simpanan Nur Shazreen Munazli melakukan tap-in untuk menggandakan gol. Fatin menjadikan kemenangan lebih manis dengan menjaringkan gol ketiga selepas NSFA gagal menghalang hantaran ke dalam kotak penalti mereka.

  1. UiTM Mengambil Kesempatan Kegagalan Peluang Leopard

UiTM terpaksa berkerja lebih keras pada kali ini untuk mendaftarkan kemenangan 2-0 atas SSS Leopard di mana pasukan muda ini sekali lagi memberikan cabaran sengit. Walau bagaimanapun, UiTM perlu menahan serangan Leopard di mana beberapa percubaan mereka terkena palang gol atau dinafikan oleh penjaga gol UiTM, Nur Syazwani Zainal Abidin.

Dan Leopard akhirnya dihukum apabila Ayuna Anjani menjaringkan gol untuk UiTM pada minit ke-40. Nur Fazira Sani memastikan UiTM pulang dengan tiga mata selepas menjaringkan gol ‘chip’ pada minit ke-61. Walaubagaimanapun, UiTM akan menghadapi perlawanan seterusnya tanpa kehadiran Rosdianah Adeline Jerus selepas beliau dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-56 manakala Leopard pastinya akan kembali berfikir bagaimana mereka gagal menjaringkan gol.

  1. SWAT Menyerlah, SA United Pucat Sekali Lagi

FC SWAT berjaya melupakan kekecewaan minggu lepas selepas mereka mengatasi SA United 2-1. Siti Nabila Jamin mendapatkan hantaran jauh Felicia Adele Ng yang gagal diuruskan oleh Rogayah Ali dan penjaga gol Norfaridah Satari yang menyebabkan Siti Nabila Jamin membuka tirai gol dengan jaringan pertama perlawanan.

Selepas perlawanan bermula balik selepas cuaca yang tidak memuaskan, Nur Izzati Rosni, melalui hantaran rakan pasukan kebangsaan Singapura, Ernie Sulastri, sekali lagi mencetak nama dalam senarai penjaring gol untuk menggandakan gol perlawanan petang itu. Namun, SA United tidak menunggu lama untuk mendapatkan satu gol daripada sepakan percuma Nur Alfaatihah. Namun, SA United tidak berjaya mendapatkan gol penyamaan walaupun mendapat paratus penguasaan bola yang hampir sama manakala FC SWAT meraikan tiga mata pertamanya untuk musim ini.

Keputusan penuh perlawanan minggu 2 FAS WSL 2023

Kumpulan A
FC SWAT 2 – 1 SA United

PJ Kita FC 1 – 3 FC Spicegals

MBSJ FC 3 – 0 Negeri Sembilan FA

Kumpulan B

Kelana United 0 – 1 UPNM

Sternen 1 – 0 PNSB

UITM FC 0 – 2 SSS Leopard

Berita Terkini