Reviu FAS WSL 2023: ‘Talking Points’ Perlawanan Minggu 1

ARTIKEL OLEH:

  1. Penjaga Gol Bersinar Dalam Kekalahan

UPNM dengan ramai pemain berpengalaman bertemu SSS Leopard, sebuah pasukan yang terdiri daripada pemain-pemain muda Sekolah Sukan Negeri Selangor. Anda tidak boleh disalahkan jika meletakkan harapan bahawa UPNM akan menang dengan beberapa gol. Namun, Leopard tidak menjadikan perlawanan ini senang untuk UPNM dengan penjaga gol Daliea Eliesa merupakan faktor utama.


Setiap kali UPNM membuat serangan dan percubaan ke gawang gol Leopard, mereka dinafikan oleh Daliea yang berani menghalang hampir semua percubaan UPNM, dan berjaya mengutip lapan ‘saves’ dalam seluruh pelawanan.

Walau bagaimanapun, gawang gol Leopard akhirnya ditembusi MVP WSL 2021, Henrietta Justine dalam situasi ‘1-on-1’ mengalahkan Daliea. Walaupun kalah, kemampuan Daliea patut dipuji selepas usaha-usahanya hampir mendapatkan satu mata untuk Leopard.

  1. FC Spicegals Menang Selepas Drama Masa Tambahan

Selepas FC Spicegals mendominasi separuh masa pertama melalui gol pembukaan Nur Farishah Erinna, pertukaran separuh masa dalam bab kedua oleh FC SWAT hampir menghasilkan satu mata penting. Pemain yang dimasukkan FC SWAT iaitu pemain kebangsaan Singapura Nur Izzati Rosni yang juga merupakan penjaring terbanyak Deloitte Women’s Premier League, berjaya mendapatkan gol penyamaan.

FC SWAT hampir pasti memperolehi satu mata selepas Jaciah Jumlis gagal menjaringkan sepakan penalti dalam masa tambahan bab kedua selepas Malini Nordin dijatuhkan. Tetapi, pada aksi terakhir perlawanan dari sepakan percuma jauh, penjaga gol SWAT Norazizah Zamri tertipu oleh sentuhan Jaciah dan gagal menepis bola keluar pintu gol, sekaligus Spicegals berjaya mendapatkan gol dan tiga mata.

  1. Tonggak Pertahanan NSFA Mengecewakan SA United

SA United pastinya berfikir bagaimana mereka gagal menjaringkan gol walaupun menguasai kebanyakan perlawanan menghadapi juara bertahan WSL, Negeri Sembilan FA (NSFA). NSFA, tampil dengan rombakan besar dalam skuad mereka di mana hanya segelintir pemain dari tahun lepas dikekalkan, berjaya menahan serangan SA United dengan prestasi hebat penjaga gol Norazira Irinie dan barisan pertahanan NSFA diketuai oleh pemain pengalaman, Rini Nabila.


Sebarang gerakan serangan SA United akan sentiasa dipintas oleh Rini manakala Norazira bermain kemas dengan tidak melakukan kesalahan menghalang percubaan SA United dan tangkap hantaran ke dalam kotaknya. Akhirnya, dua gol Nur Aqilah Amran dari sepakan penalti dan sepakan percuma memberikan NSFA kemenangan pertama kempen WSL baru mereka.

  1. Kelana United, UiTM Menang Besar

UiTM, dengan hampir pemain yang sama dari musim lepas, mengalahkan Sternen 6-0. Nur Fazira Sani dan pemain baru, Siti Nurkhaleeda Ismail berjaya menghasilkan dua gol manakala Ayuna Anjani dan Norshahirah Suhaimie juga mencatat nama dalam senarai penjaring gol.

Manakala untuk Kelana United, dua pemain finalis dari musim lepas, Intan Sarah dan Nurul Nadia Roslan masing-masing mendaftarkan ‘hat-trick’ di mana Kelana United membenamkan PNSB 12-0. Dengan Intan dan Nurul Nadia, Nurin Umairah and Nur Ainsyah Murah masing-masing dapat dua gol manakala Nur Afiqah Syahzani dan Hanis Farhana melengkapkan pesta gol mereka.

Sternen dan PNSB adalah dua pasukan baru yang membuat penampilan pertama WSL pada musim ini. Penyertaan mereka kali ini diberikan peringatan tentang cabaran yang akan dihadapi dalam pertandingan ini dan diharap mereka dapat kembali dengan lebih bersedia untuk perlawanan yang akan datang

  1. MBSJ Menyambung Penguasaan Seperti Musim Lepas

Walaupun keputusan kelihatan sengit, tapi ia tidak diragui bahawa penguasaan MBSJ yang memberikan kemenangan 2-1 atas PJKita FC. Qaseh Rania, melalui hantaran Norhawa Yasin, membuka gol tiraian pada minit ke-30, namun mereka dikecewakan oleh gol penyamaan Nur Farisya Hanim sebelum tamat bab pertama.

Walaupun dibolosi, MBSJ tetap menguasaipadang serta ‘double pivot’ mereka, Siti Asnidah Zamri dan Nur Lyana Soberi, mengawal kawasan tengah dengan cekap. Tetapi PJKita masih berteguh menghadapi serangan MBSJ. Namun, PJKita dihukum selepas gagal mempertahankan sepakan penjuru di mana Nur Shazreen Munazli ambil kesempatan dan meletakkan MBSJ kembali ke hadapan lalu mendapat tiga mata.

Keputusan penuh perlawanan minggu 1 FAS WSL 2023

Kumpulan A
FC Spicegals 2 – 1 FC SWAT

MBSJ FC 2 – 1 PJ Kita FC

Negeri Sembilan FA 2 – 0 SA United

Kumpulan B

PNSB 0 – 12 Kelana United

UITM FC 6 – 0 Sternen

SSS Leopard 0 – 1 UPNM

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »