Kumpulan Sukar Menanti Juara Bertahan FAS WSL 2023

ARTIKEL OLEH:

12 pasukan Women’s Super League (WSL) yang akan bertanding pada tahun ini telah mengetahui nasib mereka selepas pengundian kumpulan diadakan di mana juara bertahan WSL, Negeri Sembilan Women’s FC yang kini mengambil nama Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) bakal melalui perjalanan yang sukar.

Jumlah pasukan pada tahun ini telah meningkat ke 12 dari 10 pada tahun lepas, namun format WSL 2023 masih sama. 12 pasukan tersebut akan dipisahkan ke dua kumpulan dengan enam pasukan masing-masing. Empat pasukan teratas dari kedua-dua kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir manakala dua pasukan terbawah akan disingkir.


Berikut adalah keputusan undian bagi WSL 2023:

Kumpulan A

FC Spicegals

MBSJ
PBNS

SA United

PJKita FC

FC SWAT


Kumpulan B

PNSB

UiTM Lioness

SSS Leopard

UPNM

Sternen FC

Kelana United

PBNS bakal menentang beberapa pasukan lawanan dari edisi lepas seperti MBSJ, SA United dan FC SWAT manakala pasukan baru FC Spicegals dan PJ Kita melengkap kan Kumpulan A.


Bagi Kumpulan B, SSS Leopard dan UiTM Lioness, pasukan yang juga telah bertanding pada edisi pertama, diundi bersama dengan PNSB, Sternen, UPNM, dan Kelana United di mana pasukan-pasukan tersebut telah merekrut beberapa pemain yang pernah beraksi di WSL pada tahun lepas seperti MVP WSL 2021 , Henrietta Justine untuk UPNM dan penjaring terbanyak 2021, Nurul Nadia Roslan untuk Kelana United.

Sebelum undian kumpulan pertandingan bermula, majlis penyampaian anugerah bagi edisi 2021 diadakan di mana Leopard FC berjaya membuat sapuan bersih melalui hasil undian peminat secara ‘online’. Hafizatul Alya memenangi Gol Terbaik, Asma Munajati dianugerahkan sebagai Pemain ‘Breakthrough’ Terbaik pilihan dan Zool Hilmy dipilih sebagai Jurulatih Terbaik. Dari segi kepengadilan, Munirah Ali dipilih oleh Jawatankuasa Pengadil FAS untuk menerima ‘FAS Referee Committee Award’ selepas menunjukkan prestasi baik semasa edisi 2021 dan sepanjang tahun 2022.


Peringkat kumpulan WSL 2023 akan bermula pada 8 Februari 2023 di Radia Arena manakala peringkat kalah mati, dari suku akhir hingga ke perlawanan separuh akhir, akan diadakan di Stadium MBSJ dan perlawanan akhir di Stadium MBPJ.

Berita Terkini