Sebanyak 15 perlawanan Piala FAS 2023 diadakan pada hunjung minggu lepas untuk menentukan siapa yang layak ke pusingan yang seterusnya. Apa yang berlaku semasa perlawanan tersebut dan siapa mara ke pusingan 32 Piala FAS?
Serangan Pantas MPKJ Cukup
MPKj hanya memerlukan 11 minit untuk menjaringkan dua gol untuk menumpaskan Soccer Ace. Tandukkan R. Gopinath dari sepakan sudut menjadi gol pembukaan dan 6 minit kemudian sepakan percuma penyerang kiri, Izzudin Zainudin melepasi penjaga gawang Soccer Ace, Adam Faris. Soccer Ace mempunyai banyak peluang percubaan namun gagal di sudahkan oleh Danial Asraff dan Danial Hakim.
MPKj kembali lebih kuat pada separuh masa ke-2. Namun, Danish Syaufi mendapat jaringan atas hantaran panjang Luqfil Zahiruddin untuk jaringan Soccer Ace pada minit ke-46. Namun MPKj dengan tenang mengawal perlawanan dan kemenangan 2-1 akan membawa mereka bertemu dengan pasukan Liga Perdana, Tunas Tanjung Karang pada peringkat seterusnya.
Kekurangan Satu Pemain, Tiga Gol Dijaringkan
MP Klang terpaksa bermain dengan sepuluh orang pada kebanyakan perlawanan selepas Mu’sab Umair dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran pada minit ke-13. Tambahan pula, MP Klang ketinggalan 1-0 dua minit kemudian selepas G. Mathiruban meletakkan Puchong Hunters di hadapan. Bagaimanapun, Puchong Hunters gagal membina kelebihan pemain tambahan.
Sebaliknya, Ismail Mamat berjaya menghukum mereka. Dia memulakan dengan gol penyamaan pada minit ke-42 dan menjaringkan gol kedua 15 minit kemudian untuk meletakkan MP Klang di hadapan. Pada minit ke-65, Ismail Mamat menyempurnakan hatrik dan menempah perlawanan R32 yang akan menentang pasukan dari Liga Perdana FAS, KS TPCA.
Tiada Masalah Untuk Pasukan Liga Super Yang Lain
Bersama dengan MPKj dan MP Klang, pasukan lain dari Liga Super berjaya layak atas kemenangan di antara liga bawahan. MBSA mengalahkan KKB Brotherhood 2-1 pasukan dari Bahagian 2 manakala Gombak FA menang selesa 3-0 ke atas Dream Village. Bagi bekas juara Liga Super iaitu NPNG perlu melalui sepakan penalti untuk menewaskan pasukan dari Liga Bahagian 1, KRU 4-2 dalam perlawanan di antara pasukan alumni tetap SCL.
Boss dan Sun Riders juga menang tipis. Khairul Naim Mahyussin dimasukkan untuk membantu Boss dan menjadi penjaring kemenangan menumpaskan Birchwood JR 2-1 manakala Sun Riders perlu menunggu sehingga minit ke-56 untuk R. Thrishen menjaringkan satu-satunya gol bagi menumpaskan pasukan dari Liga Bahagian 1, Subang City.
Hampir Semua Pasukan Liga Perdana Juga Layak
Hampir semua pasukan dari Liga Perdana minggu lepas juga menang ke atas pasukan dari Liga Bahagian 1 dan meneruskan langkah ke pusingan seterusnya. Jarigan oleh Shahrul Haziq Samsuri dan Asyidi Dil Ashar dengan hanya perbezaan 4 minit membantu Kelana United untuk menumpaskan My World 2-0. Bukit Kapar pula menewaskan Hypernova 2-1, mankala jaringan hatrik Firdaus Nordin membantu Tanjong Karang menumpaskan MRT dan KS TPCA membenamkan Sri Remaja 8-0.
Dalam dua lagi pertemuan antara pasukan dari Liga Perdana, Malaysia Airports menumpaskan Hong Chin 3-1 hasil dari jaringan Mindani Muhammad, Fakhrusy Syakirin dan juga jaringan Amirullah Shaharudin dalam masa tambahan. Klang Gate pula menang dalam penentuan sepakan penalti 6-5 ke atas SA United selepas sepakan Aiman Azhar diselamatkan oleh penjaga gol Klang Gate, Hafizudin Ghazali dalam penentuan sepakan.
Pemenang Tunggal Dari Bahagian 2
Tetapi satu kemenangan yang mungkin tidak dijangka pada minggu ini adalah pasukan Kg Jawa Brothers selepas mereka mengalahkan MBPJ, pasukan dari Liga Super dan pasukan separuh akhir Selangor Champions League (SCL) 2022 selepas sepakan penalti. Kedua pasukan gagal untuk mencari jaringan pada minit perlawanan sehingga mereka terpaksa untuk mengambil sepakkan penalti. Pemain MBPJ Afiq Azam dan Zarul Azman dari Kg Jawa gagal menyempurnakan sepakan penalti pada pusingan pertama tetapi ke dua-dua pasukan berjaya menyudahkan jaringan seterusnya sehingga ke laluan ‘sudden death’.
Akhirnya, hanya satu pusingan ‘sudden death’ diperlukan selepas Afif Aiman Zaidi dari MBPJ gagal menyudahkan sepakan penalti dan memberi laluan kepada Kg Jawa Brotherhood mara ke Pusingan 32 dan mereka akan bertemu pasukan Liga Super, Mozyda.