Dalam aksi Liga Super FAS minggu ketiga pada hujung minggu lalu, Teleflow membawa pulang satu mata selepas gol penyamaan minit akhir Gombak FA menafikan kemenangan mereka manakala Anak Kalumpang berjaya menewaskan Sun Riders secara tipis
Selepas separuh masa pertama tanpa jaringan, Teleflow mengambil masa hingga 49 minit untuk membuka jaringan berikutan beberapa peluang yang baik dicipta. Rembatan Fariddudin Zainal terpesong ke arah Syafiq Azmi yang merembat bola masuk.
Gombak mempunyai lebih penguasaan bola tetapi mereka bergelut untuk menembusi barisan pertahanan pihak lawan sehingga 15 minit terakhir di mana mereka menghasilkan beberapa peluang. Akhirnya pada minit ke-70 sebelum masa tambahan, Nurhakim Adzhar berjaya menggunakan peluang sepakan percuma dari sayap kanan di mana Ainol Iskandar dibiarkan bebas dan menanduk masuk dari jarak dekat, menyebabkan Teleflow dan Gombak berkongsi mata pada petang itu.
Sementara itu, Anak Kalumpang mendapat kemenangan tipis 2-1 ke atas Sun Riders yang baru sahaja naik ke Liga Super FAS. Sun Riders tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mendahului apabila Nur Faiz Laidin mendapat hantaran lintang yang baik dari Y. Divendran dan terus merembat masuk menumpaskan penjaga gol Anak Kalumpang, Aiman Haiqal selepas hanya dua minit.
Bagaimanapun, Anak Kalumpang membalas kembali hanya empat minit kemudian apabila Helmi Ropaii menyambar masuk bola yang di rembat oleh Nazrin Mazlin, walaupun terdapat kekasaran yang berlaku atas pemain pertahanan Sun Riders sebelum itu, namun tiada tiupan wisel daripada pengadil.
Dalam perlawanan yang bertukar-tukar serangan, Anak Kalumpang mengambil masa sehingga minit ke-65 untuk akhirnya mendapat gol. Pemain pertahanan Zulhilmi Azmi berjaya menjaringkan gol jarak dekat dari hasilan hantaran silang Alif Haikal dan memastikan mereka membawa pulang 3 mata penuh. Walau bagaimanapun, Zulhilmi dilayangkan kad kuning kedua atas kekasaran yang dilakukan terhadap Nur Faiz semasa masa tambahan.
Dalam perlawanan Kumpulan A yang lain, MBPJ menewaskan PIB 3-0 hasil daripada hatrik Aliff Mazlan manakala MP Klang membelasah SIA 7-0. Dalam Kumpulan B pula, pendahulu kumpulan NPNG dan MBSA berkongsi satu mata selepas bermain tanpa jaringan walaupun pemain NPNG Dashila Tajudin dilayankan kad merah pada minit ke-17. Jaringan gol minit ke-60 oleh Ammar Hariz memberikan PKNS kemenangan 2-1 ke atas Mozyda, dan perlawanan di antara Smart-Focus dan Klang Southern berakhir 1-1.