Aksi Pusingan 16 Piala FAS membawa keseronokan dan kejutan di mana beberapa perlawanan membawa keputusan yang boleh dikatakan tidak dijangka. Apa yang berlaku pada malam tersebut?
Hattrik Sempurna Nur Rizzham Menenggelamkan NPNG
Sebelum ini, NPNG perlu melalui jalan yang mencabar di mana mereka berjaya mengatasi KRU dan Kelana United untuk sampai ke peringkat ini. Gombak FA merupakan satu pasukan yang pasti akan memberikan kesukaran kepada NPNG dan mereka berjaya mengakhiri perjalanan NPNG dengan kekalahan 4-1 di mana kewiraan Nur Rizzham Norman merupakan faktor utama kemenangan. Nur Rizzham meletakkan Gombak di hadapan dari percubaan tandukkan pada minit ketujuh dan menggandakan jumlah gol dengan kaki kiri semasa serangan balas pada minit 48. Namun, Akhir Bahari dari sepakan percuma lima minit kemudian memberikan harapan untuk NPNG.
Tetapi pada minit ke-65, Nur Rizzham berjaya melengkapkan hattrik beliau dengan bergaya dari gerakan melalui sayap kiri, beliau dengan kaki kanan dan berjaya mencari sudut penjuru jauh. Tetapi Gombak belum berpuas hati. Pada minit terakhir perlawanan, Syazwan Rani menyempurnakan sepakan percuma juga dari sayap kiri dengan cara yang sama, melengkapkan malam yang gemilang untuk Gombak.
Tiga Pasukan Liga Super Yang Sudah Layak Disingkir
Pasukan NPNG tidak keseorangan sah layak ke suku akhir di Liga Super yang disingkir. Boss dan MBSA, dua pasukan lagi yang menempah tiket suku akhir dalam Liga Super, juga dikalahkan oleh dua pasukan teratas Kumpulan A Liga Perdana, TPCA dan SFC Youth.
BOSS FC, yang terpaksa mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain selepas Alif Izwan dilayankan kad merah, diikat oleh TPCA 1-1 di mana gol Syahir Jahani pada minit 60 membatalkan gol minit 34 Sufi Amar. Semasa sepakan penalti, ‘Sudden Death’ diperlukan selepas K. Darwin Raju dari Boss dan Amin Misran dari TPCA gagal menjaringkan percubaan mereka. Akhirnya, percubaan Wan Mohd Hamizi tidak disempurnakan dan ini memberikan TPCA kemenangan dalam sepakan penalti 8-7.
Bagi MBSA pula, mereka mempunyai banyak peluang, namun mereka kalah dalam penalti 3-5 lawan SFC Youth selepas seri 1-1. Danial Haikal menghukumkan pembaziran serangan MBSA dengan menjaringkan percubaan ‘on-target’ tunggal SFC Youth pada minit 57. Tetapi pada aksi terakhir perlawanan, pemain simpanan Mirza Shazwan menjaringkan gol penyamaan untuk memaksa sepakan penalti. Secara ironik, percubaan Mirza terkena palanga gol dan ini memberikan SFC Youth kemenangan.
Dua Pasukan Bahagian 1 Masih Hidup
Genpro dan SFC U16 merupakan dua pasukan tunggal dari Bahagian 1 masih dalam pertandingan dan mereka berjaya pergi lebih jauh setelah menang juga dalam sepakan penalti. Genpro mengatasi pasukan Liga Perdana, Sri Setia Putra (SSP) 5-4 selepas seri 2-2. Muhd Ermyzal dan Aqif Ilhan meletakkan SSP di hadapan 2-0 pada 22 minit pertama perlawanan, tetapi Genpro berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan melalui gol Amirul Hamizan dan Danial Saufid dalam lima minit sahaja semasa separuh masa kedua. Akhirnya, Genpro berjaya menjaringkan semua sepakan untuk menang selepas Abdul Qayyum Sarkini gagal menjaringkan sepakan pada pusingan ketiga.
SFC U16 juga diikat oleh Mozyda 2-2, tapi masih muncul pemenang dari sepakan penalti. Aiman Daniel membuka tiraian untuk SFC U16 selepas 20 minit sebelum Nur Fahmi Pauzee menyamakan kedudukan dari sepakan penalti enam minit kemudian. SFC U16 tidak perlu tunggu lama untuk berhadapan lagi sekali pada minit 30 dari gol Sufian Azim. Tetapi, Norhafizzuan Jailani dapat gol penyamaan kedua Mozyda pada minit ke-66 untuk memaksa penalti. Walaupun Rayyan Danial tidak menjaringkan sepakan pada pusingan pertama, SFC U 16 menjaringkan semua percubaan seterusnya untuk menang 4-3 di mana Rusyaidi Raffikit dan Norhafizzuan gagal menjaringkan percubaan mereka untuk Mozyda.
UiTM, Bukit Kapar dan MP Sepang Melengkapan Barisan Suku Akhir
Sesetengah dari pasukan suku akhir terdiri daripada pasukan Liga Perdana. Dengan TPCA dan SFC Youth, UiTM dan Bukit Kapar juga layak selepas menewaskan Vulcans dan PIB masing-masing dengan keputusan sama. Faris Najmi menyumbangkan dua gol yang membantu UiTM menang 3-1 atas Vulcans. Faris mengambil 10 minit untuk dapat gol pertama, tapi Rifqi Danish mengambil kesempatan atas bola muntah untuk gol penyamaan Vulcans pada minit 25. Walau bagaimanapun, Faris menjaringkan gol kedua sebelum akhir bab pertama dan Isyraf Nuaim memastikan kelayakan.
Bukit Kapar juga menang 3-1 atas pasukan Liga Super PIB, namun kena bangkit sebelum itu. Adam Danial membuka tiraian untuk PIB pada minit 17, tetapi Bukit Kapar balas dengan cepat dari gol penyamaan Sazali Suwandi. Pada minit 48, Khairunil Hakim meletakkan Bukit Kapar di hadapan lima minit selepas dibawa masuk dan Radzi Pilus memastikan kemenangan dalam masa tambahan dan juga menghukum kegagalan PIB menjaringkan gol penyamaan dari sepakan penalti semasa separuh masa kedua.
Dan dalam perlawanan tunggal di antara pasukan Liga Super, MP Sepang menang dalam sepakan penalti atas MPKJ. Perlawanan ini juga merupakan perlawanan tunggal tiada gol, namun pemain pertahanan MPKJ, Al Amin Abdullah yang baru masuk pada minit ke-52, ditunjukkan kad merah tujuh minit sebelum akhir perlawanan. MP Sepang akhirnya menang 5-4 dalam penalti selepas R. Gopinath tidak dapat jaringkan percubaannya dan mereka akan bertemu dengan Genpro dalam suku akhir.