Liga FAS 2023: Siapa Sudah Layak Ke Suku Akhir?

ARTIKEL OLEH:

Walaupun masih mempunyai baki dua lagi perlawanan bagi kesemua Liga FAS, beberapa pasukan telah menempah tiket untuk ke suku akhir di liga masing-masing. Jadi, pasukan manakah yang sudah layak ke pusingan seterusnya dan pasukan mana tidak boleh lagi layak?


Liga Super

Tiga dari empat tempat suku akhir dalam Kumpulan B sudah di isi dimana NPNG, Boss FC dan MBSA sah layak selepas PKNS dan Smart-Focus seri 1-1 pada minggu lepas. PKNS hanya mempunyai tujuh mata sahaja dengan dua baki perlawanan dan Smart-Focus cuma ada satu baki perlawanan lagi dengan lapan mata. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh memintas MBSA yang berada di tempat ketiga dengan 14 mata.

Di Kumpulan A pula, kelayakan masih dibuka di mana tempat pertama dan keenam dipisah dengan jumlah empat mata sahaja. Meskipun, gambaran kelayakan Kumpulan A mungkin akan menjadi lebih cerah selepas minggu perlawanan kelapan.

SIA, PIB dan Mozyda tidak boleh berakhir di empat tempat teratas kumpulan mereka masing-masing. Sun Riders di Kumpulan A dan Smart Focus, PKNS dan Klang Southern yang berada di Kumpulan B masih boleh layak, tetapi nasib mereka bergantung terhadap beberapa keputusan perlawanan lain.

Layak: NPNG, Boss, MBSA (Kumpulan B)

Masih Boleh Layak: Gombak FA, MP Klang, Teleflow, MPKJ, MBPJ, Anak Kalumpang, Sun Riders (Kumpulan A), MP Sepang, Smart-Focus, PKNS, Klang Southern (Kumpulan B)

Disingkir: PIB, SIA, Mozyda

Liga Perdana

TPCA dan Kelana United yang berada di tempat pertama dalam kumpulan A dan B boleh bersiap sedia untuk peringkat suku akhir kerana pasukan yang berada di tempat kelima dalam kumpulan masing-masing sah tidak boleh memotong mereka.

Forza Maju Jaya dari Kumpulan A dan Puchong Rangers, Sri Setia Putra dan Klang Gate dalam kumpulan B tiada lagi peluang untuk layak ke pusingan suku akhir.

Walaupun berada di tempat kedua Kumpulan A, SFC Youth tidak boleh layak ke suku akhir kerana mereka adalah pasukan jemputan khas untuk tujuan pembangunan Selangor FC. Jadi Malaysia Airports yang berada di tempat kelima sedang mengisi tempat kelayakan terakhir dalam kumpulan A dengan sembilan mata, sama dengan Vulcans. Namun, PNSB, Harini dan Tunas Tanjong Karang boleh memintas mereka manakala di Kumpulan B pula, SA United dan Hong Chin tidak boleh tewas lagi jika mereka ingin layak.

Layak: TPCA (Kumpulan A), Kelana United (Kumpulan B)

Masih Boleh Layak: Bukit Kapar, Vulcans, Malaysia Airports, PNSB, Harini FT, Tunas Tanjong Karang (Kumpulan A), Putra Perwira, UiTM, Tanjong Karang, SA United, Hong Chin (Kumpulan B)

Disingkir: Forza Maju Jaya, Puchong Rangers, Sri Setia Putra, Klang Gate

Liga Bahagian 1

Dengan berbaki dua perlawanan lagi, KRU dengan 19 mata berada di puncak kumpulan A, sah layak ke suku akhir di mana My World dengan 10 mata di tempat kelima tidak boleh memintas mereka. Bukit Rotan Baru cuma memerlukan satu lagi mata untuk menempah tiket suku akhir manakala Puchong Hunters, ASFC, AU2, My World, Mas dan juga Sunday Cowboys masih boleh layak dari segi matematik. Sri Remaja dan Newbies tidak boleh lagi layak ke suku akhir.

Kumpulan B pula masih lagi terbuka di mana cuma empat mata memisahkan tempat pertama (Genpro, 15 mata) hingga tempat keenam (Bukit Kuching, 11 mata). Hypernova yang berada di tempat ketujuh dengan kelapan mata dan KSB Padang Jawa di tempat kelapan dengan tujuh mata masih boleh layak.

Tunas Lagenda dan MRT sah tidak boleh layak ke pusingan seterusnya, namun masih ada peluang untuk kekal dalam Bahagian 1. SFC U16, walaupun berada di tempat empat teratas kumpulan B, tidak boleh layak ke suku akhir atas sebab mereka adalah pasukan jemputan khas bagi tujuan pembangunan Selangor FC. Jadi, Bukit Kuching dengan 11 mata sedang berada di tempat kelayakan terakhir kumpulan B pada masa ini.

Layak: KRU (Kumpulan A)

Masih Boleh Layak: Bukit Rotan Baru, Puchong Hunters, ASFC, AU2, My World, Mas, Sunday Cowboys (Kumpulan A), Genpro, MBSJ, Soccer Ace, Subang City, Bukit Kuching, Hypernova, KSB Padang Jawa (Kumpulan B)

Disingkir: Sri Remaja, Newbies, Tunas Lagenda, MRT

Liga Bahagian 2

Perlima United dari Kumpulan A dan KKB Brotherhood dari Kumpulan B telah menempah tiket selepas mereka berjaya memperoleh tiga mata pada minggu lepas dan juga beberapa keputusan lain yang memihak kepada mereka. Tiga pasukan dari kumpulan masing-masing akan bermain di Liga Bahagian 2 lagi sekali pada tahun hadapan iaitu Bidara, Sg. Buloh Rovers dan Puchong Rovers di Kumpulan A dan Serayan, Sternen dan Young Guns di Kumpulan B.

Selain dari pasukan yang disebutkan, pasukan lain masih lagi berpeluang termasuk RTD di kumpulan A yang mempunyai enam mata setakat ini dan enam mata dibelakang tempat kelayakan terakhir. Namun mereka perlu menang dan berharap nasib menyebelahi mereka dalam perlawanan melibatkan JR Bangi, Birchwood Jr dan Harimau United.

Layak: Perlima United (Kumpulan A), KKB Brotherhood (Kumpulan B)

Masih Boleh Layak: Dream Village, Nilam Puri, JR Bangi, Birchwood Jr, Harimau United, RTD (Kumpulan A), Kg Jawa Brothers, Isma Shah Alam, Klasiko, First 11, Sijangkang, Turi (Kumpulan B)

Disingkir: Bidara, Sg Buloh Rovers, Puchong Rovers, Serayan, Sternen, Young Guns

RALAT: Dalam Liga Bahagian 1, My World merupakan pasukan yang berada di tempat kelima Kumpulan A dengan 10 mata dan bukan ASFC, yang berada di tempat keenam dengan sembilan mata manakala Bukit Kuching dengan 11 mata yang berada di tempar kelayakan terakhir Kumpulan B dan bukan Subang City. Kami minta maaf atas kesalahan tersebut.

Berita Terkini