Piala FAS 2023 Playoffs: Pemain Muda Bangkit, Tukaran Minit Terakhir dan Nombor Tiga

ARTIKEL OLEH:

Pasukan dari Zon Biru dan Kuning beraksi pada malam kedua kelayakan Piala FA Selangor 2023  di mana Mas, First 11, ASFC dan Soccer Ace layak ke pusingan seterusnya dari Zon Biru

Di Zon Kuning pula, Birchwood JR, Puchong Hunters, Selangor FC (SFC) B16 dan Kg Jawa Brothers menempah tiket ke peringkat seterusnya. Tetapi bagi SFC B16, kemenangan mereka ada syarat khas.

SFC B16 Terus Mara

Perlawanan di antara Sungai Buloh (SB) Rovers dan SFC B16 mempunyai tiket mudah jika mereka layak. Mereka yang menang dalam perlawanan ini akan terus mara ke pusingan 32 selepas Port Rangers menarik diri dari Liga Super FAS dan juga Piala FA Selangor pada musim ini.

SFC B16 hanya perlu 35 minit pertama untuk menundukkan pihak lawan dengan kemenangan 3-0 dari dua hasil jaringan Danial Zharif dan ‘golazo’ yang menarik dari Syahid Hasif. SB Rovers pula bermasalah dari segi serangan memasuki kotak pihak lawan.

SFC B16 bakal bertemu dengan pemenang perlawanan di antara Tanjong Karang dari Liga Perdana dan MRT dari Liga Bahagian 1. Mereka boleh meraikan kemenangan mereka dengan bangga tanpa bermain di pusingan 64.

Pertukaran Minit Terakhir Membantu Puchong Hunters

Juara Liga Bahagian 2 2022, Puchong Hunters memerlukan sepakkan penalti untuk mengalahkan Sijangkang yang merupakan pasukan tempat pertama Kumpulan A Liga Bahagian 2. Perlawanan mungkin akan berubah jika cubaan jarak dekat Ramzan Roslan pada awal perlawanan tidak dinafikan oleh cabaran terakhir pemain pertahanan Puchong Hunters.

Walaupun Puchong Hunters menguasai perlawanan pada seluruh separuh masa kedua, mereka gagal menyempurnakan peluang serangan dan perlawanan berakhir tanpa jaringan sehingga sepakan penalti diperlukan. Sebelum tiupan wisel terakhir, Puchong Hunters telah membuat pertukaran penjaga gol iaitu dengan mengeluarkan Iqman Syazuane dan memasukan M. Nishenraj.

Akhirnya, pertukaran yang dilakukan berlunas bagi Puchong Hunters. Nishenraj berjaya menghalang percubaan Noor Azraimi manakala sepakan Alif Najmi Fazly pula terlepas sasaran. Ini memberikan kemenangan kepada Puchong Hunters 4-1 dalam penalti dan mereka akan bertemu dengan MP Klang dari Liga Super.

Tiga Merupakan Nombor Bersihir Untuk Pasukan Liga Bahagian 1

Menariknya, semua pasukan Liga Bahagian 1 yang menang pada malam kedua kelayakan Piala FA Selangor 2023 menang dengan margin tiga gol sama ada selepas 70 minit atau menerusi sepakan penalti.

Dengan tambahan kemenangan 3-0 SFC B16 atas SB Rovers dan Puchong Hunters yang berjaya mengalahkan Sijangkang 4-1 dalam sepakan penalti selepas seri 0-0, satu lagi pasukan Liga Bahagian 1, Mas berjaya menumpaskan Bidara hasil jaringan ‘hat-trick’ Danial Izwan dan satu jaringan Faizoe Razali dengan kemenangan 4-1 walaupun Iman Haikal dari Bidara menyamakan gol kedudukan 1-1 pada minit ke-24 untuk memberi harapan kepada Bidara pada masa itu.

Soccer Ace mengalahkan Turi 4-1 dengan hasil dari empat penjaring yang berbeza iaitu Izham Nor Alizan, Danial Hakimi Selahuddin, Amierul Sazwan dan Danish Syaufi di mana Turi terpaksa habis perlawanan dengan 9 pemain selepas Hakimi Zaini dan Fakrolamri Rohan dilayankan kad merah dalam masa tambahan bab kedua. ASFC pula menewaskan RTD 3-0 hasil jaringan dua gol dari Adam Hakimie dan satu jaringan dari Azan Azani.

Pada pusingan 64, Mas akan bertemu dengan PKNS manakala ASFC pula akan menentang MP Sepang dan Soccer Ace bakal menghadapi juara Selangor Champions League 2022, MPKJ.

Tiga Dari Lapan Pasukan Bahagian 2 Layak

Pasukan Liga Bahagian 2, First 11, Birchwood JR dan Kg Jawa Brothers berjaya dapat kemenangan ke atas pasukan yang menduduki tangga teratas Liga Bahagian 1 KSB Padang Jawa, Bukit Rotan Baru dan Newbies.

First 11 perlu bermain sehingga minit ke-47 untuk memecah kebuntuan di mana Adam Hamid berjaya menghasilkan jaringan tersebut. Mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapat jaringan ke dua hasil daripada Ariff Misdan untuk memastikan First 11 menang ke atas Padang Jawa 2-0 empat minit kemudian. First 11 bakal bertemu dengan SIA dari Liga Super pada pusingan seterusnya.

Bagi Brichwood JR, mereka hanya perlu tiga minit untuk memecah kebuntuan atas jaringan gol Hafizie Ikmal dan mereka menggandakan hasil jaringan melalui Izzul Amri pada minit ke-30. Namun Bukit Rotan Baru mendapat jaringan dengan hasil jaringan sendiri oleh K. Kesavakumar satu minit sahaja selepas jaringan Izzul. Tetapi Asraff Masyadi memastikan Brichwood selesa pada minit ke-64 dan mereka akan bertemu dengan Boss FC dari Liga Super pada peringkat seterusnya.

Kg Jawa Brothers memberi kejutan walaupun mereka berkedudukan di bawah Kumpulan B Liga Bahagian 1 tanpa kemenangan setakat ini. Namun sebaliknya, dua gol dari P. Katheerawan serta jaringan dari R. Kesavan dan Mohammed Nizammudeen dalam sepuluh minit terakhir perlawanan membawa kemenangan selesa 4-0 atas Newbies dan ini menunjukkan mereka juga pasukan yang tidak boleh dipandang rendah oleh pasukan lain.

Berita Terkini