SCL 2023 Separuh Akhir: Gombak FA, Kg Bharu Boss Menang Sepakan Penalti Dramatik

ARTIKEL OLEH:

Gombak FA dan Kg Bharu Boss bakal berlawan lagi sekali setelah mereka menewaskan NPNG Damansara Perdana dan Sijangkang City masing-masing di mana dua-dua perlawanan separuh akhir memerlukan sepakan penalti, termasuk gol yang dijaringkan semasa perlawanan

NPNG Damansara Perdana mendahului terlebih dahulu ke atas Gombak FA apabila mereka memenangi sepakan penalti selepas Nur Rizzham Norman dianggap dikasari di dalam kotak penalti semasa sepakan sudut. Sepakan penalti tersebut berjaya disempurnakan oleh Stuart Wark pada minit ke-55 untuk gol kelima peribadi dalam SCL musim ini. Walau bagaimanapun, Gombak FA juga memenangi sepakan penalti 15 minit kemudian selepas Syafiq Azmey dianggap mengasari Airi Mukmin dan Low Chun Keong berjaya menyamakan kedudukan untuk Gombak FA.

Setelah perlawanan terikat 1-1, sepakan penalti seri 4-4 selepas lima pusingang apabila Low Chun Keong gagal menjaringkan penalti yang berpotensi untuk memenangi perlawanan dan sebelum itu, sepakan penalti Azhar Hassan diselamatkan. Akhirnya, percubaan Brayden Lim yang kena tiang memberikan Hafizi Abdul Halim menjaringkan penalti kemenangan dan menghantar Gombak FA ke pentas akhir SCL 2023.

Mereka turut disertai dengan Kg Bharu Boss yang juga memenangi perlawanan melalui sepakan penalti atas Sijangkang City selepas kedua-dua pasukan seri 1-1. Kg Bharu Boss membuka jaringan dengan penalti yang disempurnakan oleh Ridhwan Johan pada minit ke-44 setelah K. Darwin Raju dikasari oleh Faiz Zikry Hamdan. Namun begitu, Sijangkang City juga memenangi sepakan penalti pada minit ke-69, yang dijaringkan oleh Abdul Manaf Mamat selepas pemain itu dilanggar oleh Soe Zhao Hoe dalam kotak penalti.

Sama seperti Gombak FA/NPNG Damansara Perdana, penentuan sepakan penalti perlawanan Sijangkang City & Kg Bharu Boss juga terikat 4-4 selepas lima pusingan di mana Affize Faizal dan Ridzuan Abd Rashid kedua-dua gagal menjaringkan sepakan mereka. Walaupun begitu, Sijangkang City mempunyai peluang keemasan untuk menang semasa pusingan ‘sudden death’ selepas sepakan penalti Che Muhd Amin terkena tiang, tetapi cubaan M. Terrence diselamatkan oleh penjaga gol simpanan, Nor Azmi Mustafa. Penentuan sepakan penalti berakhir apabila selepas Darwin Raju berjaya menyempurnakan jaringan penalti, percubaan Faiz Zikry terlepas sasaran dan Kg Bharu Boss layak ke perlawanan akhir.

Gombak FA & Kg Bharu Boss bakal bertemu pada kali ketiga tahun ini dalam perlawanan akhir di Stadium MBSJ pada 10 Disember 2023, setelah dua-dua pasukan seri 0-0 dalam peringkat kumpulan pada saingan minggu ke-3 SCL 2023 dan juga bertemu semasa peringkat separuh akhir Liga Super FAS 2023 di mana Kg Bharu Boss menang 1-0.

Berita Terkini