NSWFC Muncul Juara FAS WSL Selepas Gol Lewat

ARTIKEL OLEH:

Gol dramatik dijaringkan oleh Henrietta Justine dalam masa tambahan mencetuskan sambutan gembira untuk Negeri Sembilan Women’s FC (NSWFC) sekaligus menobatkan mereka sebagai juara FAS Women’s Super League yang pertama.

Cuma terdapat beberapa percubaan ‘on-target’ pada masa separuh masa pertama di antara kedua pasukan. Walau bagaimanapun, NSWFC merupakan pasukan yang terbaik dalam 35 minit pertama, di mana Henrietta mendapat peluang yang terbaik dalam perlawanan, menghadapi situasi ‘satu-lawan-satu’, tetapi penjaga gol The Footsouls Rasyidah Aminullah dapat membaca situasi awal dan menghalang percubaan tersebut.

Pada separuh masa kedua pula, Intan Sarah mendapat beberapa percubaan di mana rembatan beliau pada minit ke-48 kelihatan akan memasuki jaringan, tetapi sebaliknya, ia terlepas sasaran.

Penyerang The Footsouls, Nurul Nadia Roslan, terpaksa digantikan akibat kecederaan pada minit ke-59 dan ini menyebabkan momentum perlawanan dihayun balik ke NSWFC. Walau bagaimanapun The Footsouls berjaya mengharungi ribut NSWFC sampai minit terakhir.


Selepas sepakan percuma Henrietta ditipis atas palang, dari sepakan penjuru, Henrietta main hantaran pendek dengan kapten pasukan Malini Nordin dan melancarkan hantaran ke arah gol The Footsouls. Penjaga gol The Footsouls, Rasyidah Aminullah gagal menangkap bola tersebut lalu ia masuk jaringan, mengakibatkan The Footsouls patah hati serta NSWFC meraikan kejayaan pada malam itu.

Jaringan tunggal Henrietta Justine pada minit ke-73 sudah cukup bagi skuad wanita Hobin Jang Hobin membenam The Footsouls dan melakar sejarah menjuarai edisi sulung FAS WSL di Arena MBSJ.

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »