TIRAI SAINGAN SCL2021 KINI DIBUKA!

ARTIKEL OLEH:

SUBANG JAYA, 19 FEBRUARI 2022 – Telah berlangsungnya Majlis Taklimat dan Undian Selangor Champions League 2021 (SCL2021) yang akan secara rasminya membuka tirai saingannya setelah dua tahun tidak dapat dijalankan akibat daripada kekangan dihadapi akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

SCL 2021 merupakan liga yang diilhamkan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang bertujuan untuk membantu kelab-kelab yang memiliki potensi yang tinggi untuk menjadi lebih mampan, profesional dan bersaing di platform bolasepak berprestij di Selangor. Penyertaan SCL2021 adalah ekslusif dan hanya menerima pasukan yang terbaik dari seluruh Selangor.

Majlis yang dihadiri oleh wakil daripada 16 pasukan yang telah melayakkan diri ke pusingan kemuncak SCL2021 yang menanti kedudukan pasukan masing-masing di dalam undian kumpulan A dan kumpulan B. Sama seperti saingan SCL2019, 16 pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang bakal bersaing 7 minggu di peringkat kumpulan dan 3 minggu peringkat kalah mati.

Slot 16 pasukan yang layak ke SCL2021 adalah 8 pasukan daripada Quarter-finalist Liga Super FAS 2020, 1 slot daripada Playoff Liga Perdana FAS 2020, 4 slot automatic daripada liga amatur seluruh negeri Selangor yang terdiri daripada Liga Super SFL2021, Liga Super SSPL 2021, Liga TDSL Eco Ardence dan Liga Komuniti Puchong dan 3 pasukan daripada pusingan Playoff SCL2021.

Namun yang demikian,  4 pasukan daripada slot asal SCL 2021 tidak dapat meneruskan penyertaan kerana tidak dapat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak FAS. Oleh itu, merujuk pada klausa 16.4 Buku Peraturan Kejohanan, “Jika mana-mana pasukan menarik diri dari menyertai SCL2021, pasukan terbaik akan dipilih dari pasukan-pasukan yang telah melalui saringan playoff SCL2021”. Maka, pihak FAS mengambil keputusan untuk mengambil pasukan ke 4,5,6 dan 7 terbaik daripada playoff SCL 2021 untuk melengkapkan slot 16 pasukan SCL 2021.

Dari 3 slot asal yang diberikan kepada Playoff SCL 2021, 4 pasukan yang telah memenangi perlawanan suku akhir SCL Playoff 2021 iaitu pasukan Laksamana 30 FC, KRU FC, SA Bujangga FC & BOSS FC secara automatik bersama-sama melengkapkan slot pasukan ke-4 terbaik dari pusingan playoff SCL 2021.

Seterusnya, mekanisma pemilihan pasukan ke 5,6 dan 7  terbaik dari pusingan playoff SCL 2021 adalah menerusi ratio kiraan perbezaan jaringan dan pungutan mata terkumpul dalam peringkat kumpulan bagi pasukan-pasukan yang kalah di pusingan suku akhir pertandingan tersebut. Berikut merupakan butiran lanjut:

Perbezaan Jaringan

Isma Shah Alam          : 10 jaringan/4 perlawanan = 2.5

Klasiko FC                    :  7 jaringan/4 perlawanan = 1.75

SA United                     :  7 jaringan/4 perlawanan = 1.75

SSN U17                        :  0 jaringan/3 perlawanan = 0

Pungutan Mata

Klasiko FC                    : 10 mata/4 perlawanan = 2.5

Isma Shah Alam          : 9 mata/4 perlawanan = 2.25

SA United                     : 9 mata/4 perlawanan = 2.25

SSN U17                        : 6 mata/3 perlawanan = 2

Oleh yang demikian, baki slot ke-5, 6 & 7 mengikut mekanisme diatas telah diberikan kepada 3 pasukan terbaik seterusnya yang juga merupakan quarter-finalist Playoff SCL 2021 iaitu:

  1. Pasukan ke 5 – Isma Shah Alam
  2. Pasukan ke 6 – Klasiko FC
  3. Pasukan ke 7 – SA United

Berikut merupakan senarai lengkap pasukan yang akan bertanding di kejohanan Selangor Champions League 2021 mengikut kumpulan yang telah diundi:

Kumpulan AKumpulan B
MP Kajang FCCyberjaya Telefow FC
Perlima United KlangGombak FA-MPAJ
MP Klang FCKelana United
Petaling PNSB FCKlang Southern FC
Kampong Bharu BOSS FCISMA Shah ALam
Puchong Fuerza FCShah Alam United
Laksamana 30 Gombak FCKru Port Klang FC
Shah Alam Klasiko FCKajang SA Bujangga FC

Pihak FAS juga merakamkan ribuan terima kasih kepada barisan penaja dan rakan kerjasama yang akan bersama-sama bagi menjayakan SCL 2021. Penaja-penaja dan rakan kerjasama yang akan terlibat adalah. Selangor Youth Community (SAY), MBI, PKNS, Sunway, MBSJ, Kaki Jersi, Atlead Pass, Rembau Springs dan Padang Bola Sepak.

Berita Terkini