MP Sepang Menjadi Juara Piala FAS Pertama Selepas Drama Masa Tambahan

ARTIKEL OLEH:

MP Sepang muncul juara Piala FA yang pertama dalam sejarah Liga FA Selangor setelah menewaskan Selangor FC (SFC) Youth dalam perlawanan dramatik yang terpaksa diheret ke sepakan penalti setelah seri 1-1 di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi.

MP Sepang memulakan perlawanan dengan positif setelah mereka sekurang-kurangnya menperoleh tiga peluang, namun gagal mengambil kira penguasaan dan peluang mereka. SFC Youth mengejutkan MP Sepang setelah Syazan Zamri, memulakan perlarian dari tengah padang, berlari dengan bola, berjaya mengelak cabaran Harith Hizamin dan dapat menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit 27 dengan percubaan tepat pertama pasukan. Ini mengganggukan rentakan MP Sepang sampai akhir separuh masa pertama, tetapi SFC Youth tidak dapat mengambil kesempatan.

Namun begitu, MP Sepang cuba bangkit dalam seprauh masa kedua tetapi mereka sering dinafikan oleh penjaga gol SFC Youth, Aiman Najmi yang cemerlang membatalkan percubaan Akmal Hakim Endri, Akmal Abdullah dan Syahirul Rodi. Syamsul Bahri pula membazirkan peluang keemasan mendapat gol kedua untuk memastikan SFC Youth menang dari hasil serangan balas satu minit sebelum masa tambahan dan akhirnya, beliau dihukum tidak mengambil peluang tersebut.

Pada minit kedua masa tambahan, sentuhan Zulfahmi Ismar jatuh ke kaki Afnan Irfan dan beliau melancarkan rembatan dari luar kotak dengan sentuhan pertama untuk menjaringkan gol penyamaan dan memaksa perlawanan untuk diheret ke sepakan penalti. Ini merupakan kali ketiga dalam saingan Piala FA di mana SFC Youth membolosi gol penyamaan di minit-minit akhir perlawanan.

Ini juga kali kelima dari enam perlawanan di mana pasukan SFC Youth perlu melalui sepakan penalti dan kali ini, nasib tidak menyebelahi pasukan mereka. Percubaan Aiman Ammar berjaya diselamatkan oleh penjaga gol MP Sepang, Yusri Aiman pada pusingan kedua dan seperti dalam perlawanan separuh akhir mereka menentang pasukan TPCA, Harith Hizamin menjaringkan sepakan penalti kemenangan dengan keputusan 5-4 untuk menjanjikan kejuaraan bagi pasukan MP Sepang dan menjulangkan Piala FA.

Berita Terkini