Memperkenalkan SCL Affiliate League Program

ARTIKEL OLEH:

FAS Affiliated League Program merupakan sebuah sistem bagi merangka struktur liga amatur dan sosial di negeri Selangor untuk berada di dalam piramid pembangunan liga negeri. Bermula pada tahun 2016, ilham yang dicetuskan oleh DYTM Raja Muda Selangor melalui badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Selangor Youth Community (SAY) telah menjalankan sebuah liga yang dipanggil Selangor Champions League yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik daripada 8 liga sosial yang aktif di negeri Selangor.

Bertitik tolak daripada itu, tercetusnya sebuah inisiatif yang dipanggil Football Selangor merupakan salah satu daripada empat fokus SAY yang menumpukan bidang sukan secara umumnya dan bola sepak secara khususnya. Di bawah Football Selangor telah dihimpunkan liga-liga amatur dan sosial yang terbaik di negeri Selangor untuk menghantar juara dan naib juara bagi menyertai saingan Selangor Champions League (SCL).

Bagi saingan SCL yang berlangsung sebelum musim 2022, pasukan-pasukan yang layak ke SCL adalah melalui liga-liga amatur dan sosial yang dipilih berdasarkan slot liga automatik atau slot liga playoff, bergantung pada dari liga mana pasukan layak melalui sistem baru dikenali sebagai Affiliate League Program


Bermula dari musim SCL 2022, sistem kelayakan SCL akan distruktur semula untuk membuka ruang kepada kesemua penganjur liga dibawah Affiliate League Program untuk merebut peluang mendapatkan slot automatik dan playoff ke SCL dengan merangka struktur liga amatur yang lebih kukuh dan kompetitif.

Enam liga akan diberikan slot automatik SCL 2023 manakala sekurang-kurangnya 16 liga lain akan diberikan slot playoff SCL. Tetapi bagaimanakah penentuan liga yang mana dapat slot-slot tersebut? 

Mulai dari SCL 2022, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan melaksanakan sistem mata liga yang merujuk kepada sistem UEFA dan AFC namun telah disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan terkini kancah bola sepak amatur dan sosial di negeri Selangor.

Liga-liga tersebut perlu mengikuti garis panduan dan kriteria yang telah disediakan untuk mengumpul mata dan mendaki kedudukan mengikut sistem mata liga.

Liga-liga ini akan mendapat mata mengikut kualiti penganjuran sepanjang jendela penganjuran liga dan juga prestasi pasukan-pasukan yang mewakili liga berkenaan di dalam saingan SCL pada musim sebelumnya. 


Namun, liga-liga dan pasukan perlu memenuhi kriteria lebihan untuk layak mendapatkan slot automatik atau playoff untuk SCL.

Maklumat lanjut tentang Affiliate League Program boleh diakses di sini

Berita Terkini