Memperkenalkan Liga UOW 2022

ARTIKEL OLEH:

Sebelum ini, struktur Liga FAS dan keempat-empat divisyen yang dipertandingkan serta bagaimana sistem liga tersebut berfungsi telah diterangkan. Tetapi tahukan anda terdapat satu lagi liga bawah penganjuran FA Selangor yang agak unik? Liga ini dikenali sebagai Liga UOW yang telah menggantikan Liga Joma yang telah dipertandingkan untuk tahun 2020 dan 2021.


Liga UOW ditaja oleh University of Wollongong (UOW) Malaysia, oleh itu nama liga dikenali sebagai Liga UOW. Ini seperti bagaimana EFL Cup di England ditaja oleh Carabao di mana nama pertandingan tersebut dinamakan Carabao Cup. FAS meletakkan nama pertandingan bagi liga ini bergantung pada rakan kerjasama yang menjadi penaja utama.


Liga UOW unik kerana pasukan yang bertanding dalam liga bukan merupakan Ahli Gabungan FAS. Liga ini ditubuhkan sebagai platform persediaan bagi kelab-kelab tersebut sebelum menjadi Ahli Gabungan FAS pada masa depan.


Seperti liga-liga FAS, Liga UOW 2022 juga melibatkan dua kumpulan yang mengasingkan 16 pasukan di mana empat pasukan teratas kedua-dua kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya. Selain dari menjadi juara Liga UOW, juara dan naib juara akan layak ke Playoff Selangor Champions League 2022 di mana mereka akan bertanding dengan pasukan-pasukan lain dari affiliated league program untuk menempah slot ke pertandingan utama iaitu SCL 2022.

Perlawanan-perlawanan Liga UOW 2022 akan berlangsung pada setiap hari Isnin dan Selasa di Arena 26, Shah Alam dengan sepakmula pada pukul 8:00 PM dan 9:30 PM. Jadual serta carta liga boleh dirujuk melalui laman web liga.faselangor.my .

Kumpulan Liga UOW 2022 adalah seperti berikut:

Kumpulan A

Bidara FC

Dream Village FC

Jibril FC

Kg Delek FC

Kg Jawa Brothers

Nossa FC

SA Bujangga

Tebuan FC

Kumpulan B

AAK FC (Alias and Kawan FC)

Alamanda 20

Cyberlynx FC

Destiny FC

First 11 FC

Najmi Super Fruende

Sijangkang FC
TFFT (Tengku Fadzli Football Team)

Untuk maklumat lanjut tentang Liga UOW, layari media sosial FA Selangor di Facebook (Persatuan Bolaspeak Selangor), Twitter (@FASelangorMy) dan Instagram (@faselangormy).

Berita Terkini