Memperkenalkan Liga-Liga FAS 2022

ARTIKEL OLEH:

Struktur Liga FAS 2022 terbahagi kepada empat divisyen liga di mana sistem promosi/relegasi dilaksanakan di antara keempat-empat divisyen tersebut. Aspirasi dan azam dipertarungkan di dalam Liga FAS yang melibatkan 76 pasukan untuk edisi tahun 2022. Kesemua pasukan yang terlibat merupakan Ahli Gabungan FAS yang telah bertahun-tahun bersama FAS di mana terdapat juga pasukan yang telah bertanding sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan. Liga bersejarah ini telah meletakkan negeri Selangor sebagai salah satu kuasa utama bola dalam negara di mana ramai pemain, jurulatih, pengurus serta pengadil telah berjaya mencipta nama dan terus ke peringkat yang lebih tinggi. 

Kehangatan Liga FAS sememangnya dirasai setiap pasukan dan penyokong dan musim baru ini bakal menyajikan pelbagai aksi menarik serta memperkenalkan bakat-bakat muda baru. Ini kerana Liga FAS 2022 telah menetapkan syarat wajib mendaftar pemain berumur bawah 20 tahun (lahir tahun 2002) bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak muda untuk mempamerkan bakat dan aksi mereka. 

Perlawanan-perlawanan Liga FAS 2022 akan berlangsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad di Radia Arena, Bukit Jelutong, Arena 26, Shah Alam dan Gamuda Gardens dengan sepak mula pada waktu pagi dan petang. Jadual serta carta liga boleh dirujuk melalui laman web liga.faselangor.my .Struktur dan pasukan bagi setiap divisyen Liga FAS 2022 adalah seperti berikut:

Liga Super

Liga Super FAS 2022 adalah divisyen tertinggi dalam struktur liga FAS di mana 16 pasukan akan bertanding untuk bukan sahaja menjadi juara Liga FAS, tetapi juga menempah slot kelayakan automatik ke Selangor Champions League (SCL) 2022.

Beberapa kelab alumni SCL seperti Klang Southern FC, NPNG dan juara 2021 Cyberjaya Teleflow menjadi pasukan yang sedia menempah slot ke SCL sekali lagi. Menerusi prestasi pasukan serta pemain-pemain yang didaftarkan sebelum bermula Liga FAS, pasukan-pasukan seperti PBD Kuala Langat, Smart Focus dan MBPJ menjadi pasukan pilihan untuk membuat penampilan SCL pada kali pertama dalam sejarah mereka.

16 pasukan diasingkan ke dua kumpulan mengandungi lapan pasukan. Kumpulan tersebut adalah berikut:

Kumpulan A:

Gombak FA-MPAJ

Klang Southern

MPKJ

MP Klang

Mozyda

PIB FC

PNSB

Smart Focus

Kumpulan B:

Anak Kalumpang

Belia Selangor

Boss FC

KB NPNG

KB SIA

Kingstown Klang

MBPJ FC

PBD Kuala Langat

Empat pasukan teratas akan layak ke suku akhir di mana pemenang perlawanan tersebut akan layak ke SCL 2022 sekaligus muncul sebagai empat pasukan terbaik Liga FAS 2022 secara keseluruhan. Walaubagaimanapun dua pasukan (satu pasukan terbawah dalam setiap kumpulan akan diturunkan ke Liga Perdana FAS.

Nantikan bahagian 2 artikel ini di mana kami akan meliputi peringkat dua, tiga dan empat Liga FAS iaitu Liga Perdana, Liga Bahagian 1 dan Liga Bahagian 2!

Sebelum ini, kami meliputi Liga Super, liga teratas dalam struktur Liga FAS bawah pengendalian Persatuan Bolasepak Selangor (FAS). Sekarang, kami akan meliputi bagaimana Liga Perdana, Liga Bahagian 1 dan Liga Bahagian 2 berfungsi dan apa yang dipertaruhkan dalam liga tersebut.

Liga Perdana FAS

Liga Perdana FAS mengamalkan format yang sama seperti Liga Super. Kali ini, liga tersebut mempunyai lebih banyak pasukan dengan 20 pasukan dan mereka juga disasingkan ke dua kumpulan. 

Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. Daripada lapan pasukan suku akhir, empat pasukan terbaik keseluruhan yang juga layak ke separuh akhir akan dinaikkan ke Liga Super pada musim seterusnya. Berbeza denga Liga Super FAS, cuma satu pasukan yang akan layak ke SCL 2022 iaitu juara Liga Perdana manakala dua psaukan terbawah ddalam dua-dua kumpulan akan disingkir ke Liga Bahagian 1.

Kumpulan Liga Perdana adalah seperti berikut:

Kumpulan A

Forza Maju Jaya

KSB UiTM

Malaysia Airports

My World Dato’ Aiman

Puchong Rangers

SA United

Sharpees

Sri Setia Putra

Tanjong Karang

Tunas Lagenda

Kumpulan B

Hong Ching

KS TPCA

MRT

MP Sepang

Port Rangers

Putra Perwira

PKNS

Sukramai

Sun Riders

TT Karang

Liga Bahagian 1/Liga Bahagian 2

Walaupun tiada slot kelayakan SCL 2022 untuk mana-mana pasukan dalam Liga Bahagian 1 & 2, matlamat pasukan di dua-dua liga ini adalah sama: menjadi empat pasukan terbaik keseluruhan bagi dinaikkan ke divisyen atas masing-masing. (Bahagian 1> Liga Perdana, Bahagian 2 > Bahagian 1).

Empat pasukan terbawah Liga Bahagian 1 akan dijatuhkan ke Liga Bahagian 2. Oleh kerana Liga Bahagian 2 adalah liga terbawah dalam struktur Liga FAS, sistem peyingkiran tidak dilaksanakan. Liga Bahagian 1 mengandungi 19 pasukan manakala Liga Bahagian 2 dibarisi 16 pasukan. 

Pasukan dan kumpulan bagi kedua-dua liga tersebut adalah berikut:

Liga Bahagian 1

Kumpulan A

Belia Tamil PJ

Bukit Kapar

Kelana United

Klang Gate

Lighthouse

Newbies

Sri Remaja

SSN-SFC U17

Subang City

Sunday Cowboys

Kumpulan B

ASFC

AU2

Bukit Rotan Baru

Genpro

Hypernova

KSB Padang Jawa

Mas

PBD Petaling

Vulcans

Liga Bahagian 2

Kumpulan A

Bayu Tinggi

Hulu Selangor Brotherhood

ISMA Shah Alam

KB Birchwood JR

Perlima United

Puchong Hunters

RTS

Sungai Buloh Rovers

Kumpulan B

Bukit Kuching

FC Serayan

KB JR Bangi

KRU FC

Puchong Rovers

Soccer Ace

Sternen

Turi

Untuk maklumat lanjut tentang Liga FAS, layari media sosial FA Selangor di Facebook (Persatuan Bolaspeak Selangor), Twitter (@FASelangorMy) dan Instagram (@faselangormy).

Kamu boleh dapat maklumat lanjut Liga FAS dengan mengiikuti media sosial FA Selangor di Facebook (Persatuan Bolaspeak Selangor), Twitter (@FASelangorMy) dan Instagram (@faselangormy).

Marilah sokong bola sepak grassroots!

Berita Terkini