Kelana United Muncul Juara Liga Remaja U19

ARTIKEL OLEH:

Kelana United berjaya mengatasi PNSB selepas memenangi sepakan penalti 4-2 untuk menjadi juara Liga Remaja FAS B-19 2023 selepas masa penuh yang berakhir tanpa gol.

PNSB pasti berasa kecewa dengan diri sendiri kerana mempunyai lebih penguasaan bola dan percubaan dari Kelana sepanjang perlawanan. Namun, mereka gagal mengambil peluang serangan atas akibat kombinasi tersasar peluang keemasan, dan keberanian serta ketepatan jangkaan penjaga gol Kelana Aiman Amsyar untuk memintas hantaran PNSB ke dalam kotak penalti Kelana.


Walaupun Kelana dapat menyepadankan tenaga tinggi PNSB dari segi corak permainan dan tekanan, mereka tidak dapat menembusi kotak penalti PNSB secara konsisten oleh sebab barisan pertahanan PNSB, diketuai oleh kapten pasukan Faris Irsyad, berjaya memintas kebanyakan serangan dan hantaran Kelana.

Walau bagaimanapun, PNSB mendapat kelebihan nombor pemain selepas Aiman Rafi dilayangkan kad merah pada minit ke-62 selepas cuba menumbuk Adam Danish Azlin dalam insiden ‘off-the-ball’


Walaupun begitu, sepakan penalti masih diperlukan untuk memisahkan dua-dua pasukan selaps perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0. Hazirul Izwan untuk PNSB tersasar percubaan beliau, namun Akmal Herman gagal mengambil kesempatan pada sepakan seterusnya selepas percubaan beliau dihalang oleh penjaga gol PNSB, Zahrul Adzmi.


Tetapi pada pusingan ketiga, PNSB lagi sekali dalam bahaya selepas Aiman menafikan sepakan Haikal Dini Edy. Dan kali ini, Kelana pastinya mengambil peluang tersebut di mana mereka menjaring dua percubaan seterusnya untuk menang 4-2 dalam penalti dan menjadi juara Liga Remaja FAS U19.

Berita Terkini