Lima Perlawanan Akhir Menamatkan Westports FAS Junior League 2022

ARTIKEL OLEH:

Shah Alam, 30 Oktober 2022 – Selepas sembilan minggu yang dipenuhi dengan perlawanan-perlawanan yang menarik, Westports FAS Junior League 2022 ditamatkan dengan lima perlawanan akhir yang mendebarkan menerusi 5 kategori umur iaitu kategori U8, U10, U12, U15 dan U17 di Padang Pusat Latihan FAS, Kompleks Sukan SUK, Shah Alam.


Di kategori U8, Young Guns menamatkan pentas kumpulan di tempat pertama dengan jumlah 71 gol di sepanjang kejohanan. Mereka mengulangi prestasi dominan mereka dalam peringkat kalah mati setelah mengalahkan Sri Permata 7-3 di suku akhir dan Puchong Rangers 6-1 di separuh akhir. Akhirnya, Young Guns menamatkan kempen Liga Junior mereka dengan bergaya lagi sekali dengan mengalahkan PKNS 7-3. 


KB Juniors Bangi (KBJB) muncul juara kategori U10 selepas mengatasi MBSA 3-0 yang tidak pernah bolos lebih dari dua gol sebelum ini. KBJB berada di sini selepas menjadi naib juara Kumpulan C dan menewaskan PKNS 3-2 dalam peringkat 16 terakhir, menewaskan juara kumpulan B KLRA 5-1 di suku akhir dan menang tipis atas Soccer Ace 2-1.


Young Guns juga memenangi kategori U12 di mana mereka hanya memerlukan satu gol untuk menewaskan Anak Kalumpang. Gol dari Ammar Husain pada minit ke-9 terbukti cukup untuk Young Guns menjadi juara U12.

Ballhunter FC juga memerlukan penentuan sepakan penalti dalam dua perlawanan berturut-turut untuk menjadi juara kategori U15. Pada separuh akhir melawan MBSA, tiada gol dapat dijaringkan di antara kedua-dua pasukan dan sepakan penalti diperlukan. Ballhunter berjaya menang dengan skor 3-1. Ballhunter mengulangi kemenangan melalui sepakan penalti dalam perlawanan akhir dengan jaringan sepakan penalti 3-0 ke atas Genpro, selepas seri 0-0 ketika masa penuh perlawanan di mana Genpro gagal menyempurnakan semua percubaan mereka dan akhirnya, Muhd Firdaus Syazriell berjaya menjaringkan penalti kemenangan untuk mengesahkan status kejuaraan.

Bagi katergori U17, Bintang Gombak melukakan hati MBSA dengan gol 3 minit sebelum tamat masa penuh untuk menang 1-0. Dengan skor masih 0-0, hakikat sepakan penalti hampir pasti diterima oleh kedua-dua pasukan. Tetapi Nazrul Nazri muncul sebagai wira untuk Bintang Gombak selepas menjaringkan gol kemenangan tiga minit sebelum masa tambahan separuh masa kedua sekaligus muncul juara kategori U17.

Majlis disempurnakan dengan kehadiran DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bersama barisan exco FAS, wakil-wakil penaja dan tetamu kehormat lain yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Senarai Pemenang

U8

Juara – Young Guns
Naib Juara – PKNS
Tempat ketiga bersama – KBJB/Puchong Rangers
MVP – Muhammad Aqhief Rayyan (Young Guns)

U10

Juara – KB Junior Bangi
Naib Juara – MBSA
Tempat ketiga bersama – Soccer Ace/Young Guns
MVP – Muhammad Shafiy Elham (KBJB)

U12

Juara – Young Guns
Naib Juara – Anak Kalumpang
Tempat ketiga bersama – MBPJ/Soccer Ace
Golden Boot – Amir Qayyum Abdull Fatah (MBPJ) (11 gol)
Golden Glove – MBPJ
MVP – Aqheef Haiqal bin Koko (Young Guns)

U15

Juara – Ballhunter FC
Naib Juara – Genpro
Tempat ketiga bersama – MBSA/Isma Shah Alam
Golden Boot – Muhammad Nazirul Amsyar Zulkifly (DSSB) (13 gol)
Golden Glove – Genpro
MVP – Mohammad Nabil Irfan (Genpro)

U17

Juara – KB Bintang Gomba
Naib Juara – MBSA
Tempat ketiga bersama – PNSB/Soccer Ace
Golden Boot – Haziq Affiq bin Zamrisham (MBSA) (22 gol)
Golden Glove – PNSB
MVP – Aiman Zikry (Bintang Gombak)


Berita Terkini