Liga Super FAS Suku Akhir: Drama Kemenangan Gombak & MBSA, Boss Berkilat, & Gol Razzmir Menewaskan Pasukan Lama

ARTIKEL OLEH:

Perlawanan suku akhir menyaksikan Gombak FA dan MBSA perlu tunggu sampai masa tambahan kedua untuk menempah tiket separuh akhir, serangan kilat Boss tenggelam MP Klang, dan gol tunggal NPNG dijaringkan oleh seorang pemain yang pernah menyarung jersi pasukan perlawanan mereka, Teleflow.

Gombak FA menyambung rentakan panas setelah menunujukkan ketekunan mereka untuk menang 1-0 walaupun berakhir dengan 10 pemain. Gombak mempunyai lebih banyak penguasaan perlawanan dan juga peluang. Namun mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit 70 selepas penjaring terbanyak pasukan Nur Rizzham Norman terus dilayankan kad merah selepas kekasaran kaki tinggi atas Farhan Rozlie.

Walaupun begitu, MP Sepang gagal mengambil kesempatan dan mereka dihukum pada masa tambahan. Penjaga gol MP Sepang Amiruddin Zaini gagal tangkap sepakan percuma Ainol Iskandar dari sayap kanan. Dan ini menyebabkan Hafizi Abdul Halim menjaringkan gol dari bola muntah tersebut, memberikan Gombak kemenangan dan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Mereka akan menghadapi Boss FC selepas mereka menang 3-0 atas MP Klang. Lapan minit cuma diperlukan untuk menentukan pemenang. Pada minit 32, Khairul Naim diberikan banyak ruang untuk menandukkan hantaran Azrul Razman untuk letak Boss di hadapan dan mereka cuma perlu menunggu enam minit untuk menggandakan jumlah gol.

Namun Boss bernasib baik sedikit di mana selepas percubaan Farhan Ab Hamid dihalang bleh demain pertahanan MP Klang, bola dialihkan ke arah K. Darwin Raju yang mempunyai banyak masa dan beliau berjaya menjaringkan percubaan. Dua minit kemudian, Boss dapat gol ketiga setelah Alif Izwan menjaringkan rembatan dengan sempurna dari hantaran rendah Farhan. Walaupun MP Klang bercuba dengan baik untuk bangkit balik, Boss berjaya bertahan untuk kemenangan.

MBSA pula boleh bernafas dengan lega selepas akhirnya menjaringkan gol pada minit terakhir untuk mengatasi MPKJ. MBSA mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tapi mereka sama ada dinafikan oleh penjaga gol MPKJ, Affendy Razali atau terkena palang gol. Akhirnya, M. Kalairasan menjadi wira selepas berjaya mengalihkan hantaran rendah Basyir Ahmadd ke jaringan gol pada 80 minit untuk menghantar MBSA ke separuh akhir. Namun, MPKJ terlepas peluang untuk memaksa sepakan penalti hampir segera selepas percubaan Shahrul Naim tidak dapat sasaran.

NPNG akan menantikan MBSA dalam separuh akhir selepas menewaskan Teleflow 1-0. Razzmir Ashraff, yang memainkan peranan penting untuk Teleflow menjadi juara Selangor Champions League (SCL) 2021 sebagai penajring terbanyak pada masa itu, adalah pemain yang menjaringkan gol tunggal tersebut dari jarak dekat hasil dari hantaran tandukkan Ridzuan Azly Hussham. Walaupun Teleflow mempunyai lebih banyak peluang, mereka tidak dapat menguji penjaga gol NPNG, Zaidi Razlee secara konsisten.

Dengan keputusan tersebut, Gombak FA, Boss FC, MBSA, dan NPNG sah layak ke SCL pada tahun ini secara automatik sebagai empat pasukan teratas.

Berita Terkini