Liga Junior FAS 2023: Apa Anda Perlu Tahu?

ARTIKEL OLEH:

Liga Junior FAS 2023 akan kembali dan kini akan melibatkan lebih banyak pasukan dalam lima kategori di mana 32 pasukan akan bertanding dalam setiap kumpulan umur.

Lima kategori tersebut adalah B8, B10, B12, B14, dan B16 di mana dua kumpulan umur tertua dari tahun lepas, B15 dan B17, diturunkan ke B14 dan B16 masing-masing.

Jumlah pasukan dinaikkan dalam beberapa kumpulan umur seperti B8 di mana pasukan gabungan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan disertai dengan beberapa pasukan dari Liga Isma, Liga Footykids & jemputan khas.

Oleh sebab semua kumpulan umur mengandungi jumlah pasukan yang sama iaitu 32, lapan pasukan diundi dalam empat kumpulan di mana empat pasukan teratas akan layak ke pusingan seterusnya iaitu pusingan 16.

Keputusan undian kumpulan dalam setiap kategori umur boleh dirujukkan melalui sini

Jumlah pemain dibenarkan atas padang adalah beza bergantung kepada kumpulan umur. Untuk U8 adalah lima lawan lima, tujuh lawan tujuh bagi B10 dan sembilan lawan sembilan untuk kategori B12. B14 dan B16 adalah sama iaitu 11 pemain seperti biasa.

Bagi masa perlawanan, kumpulan B8 akan bermain untuk empat suku selama 10 minit setiap suku. Kumpulan B 10 akan bermain tiga suku selama 15 minit setiap suku dan U12 akan bermain dua separuh selama 25 minit setiap separuh.

Masa perlawanan dalam kumpulan B14 dan B16 juga adalah sama iaitu dua separuh, 30 minit setiap separuh.

Dari segi gantian pemain, kumpulan B8, B10 dan B12 akan menggunakan “Rolling Substitution” di mana pemain dibawa keluar boleh masuk lagi pada bila-bila masa manakala untuk kumpulan B14 dan B16, mereka boleh menggunakan maksimum sembilan pertukaran dalam lima peluang sahaja.

Perlawanan Liga Junior FAS akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad mulai minggu ini sampai Oktober di Arena 26 Shah Alam, Radia Arena Bukit Jelutong dan Padang JSA Setia Alam.

Berita Terkini