Liga FAS 2023: Siapa Layak, Kekal Dan Disingkir?

ARTIKEL OLEH:

Peringkat kumpulan Liga FAS merentasi semua empat liga baru diselesai selepas sembilan minggu perlawanan yang mendebarkan. Jadi pasukan mana yang layak ke suku akhir dalam liga masing-masing, siapa kekal dan siapa akan diturunkan bawah satu tangga liga?

Liga Super

Gombak FA, MP Klang, dan MPKJ dari kumpulan A dan NPNG, Boss FC dan MBSA sudah menempahkan tiket sebelum memasuki minggu terakhir peringkat kumpulan. Juga memasuki suku akhir adalan Teleflow selepas seri dengan MBPJ 0-0 dan mengatasi mereka dalam tangga kumpulan A atas faktor perbezaan gol yang lebih baik. Dalam kumpulan B pula, MP Sepang berjaya dapat satu mata yang diinginkan selepas seri lawan PKNS 1-1 untuk layak ke pusingan seterusnya.

SIA sah diturunkan ke Liga Perdana selepas kalah 0-2 dengan PIB yang akan kekal oleh sebab kemenangan tersbut. Port Rangers tarik diri sebelum musim dimulakan dan akibatnya, mereka disingkir

Suku Akhir: Gombak FA, MP Klang, MPKJ, Teleflow, NPNG, Boss FC, MBSA, MP Sepang

Kekal: MBPJ, Anak Kalumpang, Sun Riders, PIB, PKNS, Smart-Focus, Mozyda, Klang Southern

Disingkir: SIA, Port Rangers

Liga Perdana

TPCA dan Bukit Kapar sudah awal layak ke suku akhir dan menyertai mereka dari Kumpulan A adalah Malaysia Airports, selepas membenamkan Vulcans 6-0 dan PNSB yang menang 5-0 atas Tunas Tanjong Karang. SFC Youth walaupun berkahir di tempat kedua, tidak akan bertanding kerana mereka adalah pasukan jemputan khas untuk tujuan pembangunan Selangor FC

Dalam Kumpulan B, Kelana United dan Putra Perwira juga dari awal sudah layak ke suku akhir. Memasuki minggu kumpulan terakhir, Tanjong Karang memerlukan kemenangan atas Sri Setia Putra manakala SA United cuma hanya seri lawan Putra Perwira untuk layak. Dua-dua pasukan berjaya mencapai matlamat tersebut dan sekaligus menyingkirkan UiTM dari kelayakan selepas Tanjong Karang menang 4-1 dan SA United seri 1-1 untuk melompat UiTM ke tempat ke-empat dan mengisi tempat kelayakan akhir atas faktor jumlah gol dijaringkan yang lebih tinggi.

Forza Maju Jaya dan Klang Gate sah dsingkir dari Liga Perdana pada minggu perlawanan lepas.

Suku Akhir: TPCA, Bukit Kapar, Malaysia Airports, PNSB, Kelana United, Putra Perwira, Tanjong Karang, SA United

Kekal: SFC Youth, Vulcans, Harini FT, Tunas Tanjong Karang, UiTM, Puchong Rangers, Hong Chin, Sri Setia Putra

Disingkir: Forza Maju Jaya, Klang Gate

Liga Bahagian 1

Dari kumpulan A, KRU, Bukit Rotan Baru dan Puchong Hunters sudah layak ke suku akhir sebelum minggu sembilan dan mereka akan disetai dengan AU2 yang berjaya mencapai matlamat selepas menang 1-0 atas My World dan melompati mereka ke tempat ke-empat. Empat pasukan teratas dari kumpulan B sudah disahkan pada minggu perlawanan ke-lapan, iaitu MBSJ, Genpro, Soccer Ace dan Bukit Kuching.

Dari segi kesingkiran, Sri Remaja dan Newbies sah akan turun ke Liga Bahagian 2 sebelum minggu tersebut manakala dalam Kumpulan, B Tunas Lagenda juga sah disingkir selepas gagal mendapat tiga mata apabila mereka kalah dengan MBSJ 1-8. Tetapi, MRT berjaya kekal dalam liga secara dramatik setelah menang 3-1 atas KSB Padang Jawa dan sekaligus, menjatuhkan mereka ke dalam zon peyningkiran dan turun ke Liga Bahagian 2 atas faktor ‘head-to-head’.

Suku Akhir: KRU, Bukit Rotan Baru, Puchong Hunters, AU2, MBSJ, Genpro, Soccer Ace, Bukit Kuching

Kekal: My World, Sunday Cowboys, Mas, ASFC, SFC U16, Hypernova, Subang City, MRT

Disingikir: Sri Remaja, Newbies, KSB Padang Jawa, Tunas Lagenda

Liga Bahagian 2

Liga Bahagian 2 cuma perlu menentukan siapa bakal layak ke suku akhir untuk mendapat peluang menjadi juara liga dan juga mengenalpasti tiga lagi pasukan naik ke Liga Bahagian 1 manakala pasukan yang gagal layak akan kekal dalam liga ini. 

Dalam Kumpulan A, Perlima United sudah layak dengan baki dua perlawanan lagi manakala Nilam Puri dan Dream Village sudah layak pada minggu lepas. Jr Bangi ingat mereka layak selepas menang 8-0 atas Puchong Rovers. Namun, dua gol dalam tiga minit terakhir perlawanan memastikan Birchwood Jr menang 2-1 atas RTD dan mara ke peringkat suku akhir di mana jika mereka gagal menang, Jr Bangi akan layak sebaliknya.

Dari Kumpulan B, empat pasukan sudah ditentukan dengan baki satu minggu perlawanan dan mereka adalah KKB Brotherhood, Isma Shah Alam, Kg Jawa Brothers dan Klasiko.

Suku Akhir: Perlima United, Nilam Puri, Birchwood Jr, Dream Village, KKB Brotherhood, Isma Shah Alam, Kg Jawa Brothers, Klasiko

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »