
Liga FAS Women’s Super League 2025 (FASWSL) kembali untuk musim keempat dengan lebih banyak pasukan, aksi lebih sengit, dan semangat juang yang lebih tinggi! Kejohanan bola sepak wanita paling berprestij di Selangor ini akan menyaksikan 16 pasukan bertanding untuk merebut gelaran juara.
Pasukan Bertanding
Berikut adalah senarai pasukan yang bakal bersaing dalam FASWSL 2025:
- FC Japan Malaysia
- Galaxi Girls PJ FC
- Kuala Lumpur Rangers FC
- KL Spicegals FC
- MBPJ FC
- MBSJ FC
- Penang Real CJ FC
- Selangor Red Giants
- Selangor FC
- SBN Mixstars FC
- Shah Alam United
- SSMP
- SSS Leopard FC
- Sternen FC Shah Alam
- Velocity FC Setia Alam
- Wangsa Maju City FC
Musim ini juga menyaksikan penyertaan beberapa pasukan baharu seperti SSMP, SBN Mixstars (Negeri Sembilan), Velocity FC Setia Alam, Kuala Lumpur Rangers, dan Wangsa Maju City FC, menjanjikan saingan yang lebih mendebarkan.
Lokasi Perlawanan
Stadium MPAJ, Ampang Jaya telah dipilih sebagai venue utama untuk kejohanan kali ini. Peminat bola sepak wanita boleh menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium atau menonton siaran langsung menerusi lawan sesawang, Facebook dan YouTube rasmi Persatuan Bolasepak Selangor.
Format Kejohanan
Fasa Kumpulan: 16 pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan.
Peringkat Kalah Mati: 4 pasukan terbaik setiap kumpulan mara ke peringkat kalah mati utama.
Piala Konfederasi: 4 pasukan terbawah setiap kumpulan akan bertanding dalam Piala Konfederasi (musim kedua).
FA Cup Women’s: Semua 16 pasukan akan bersaing dalam format kalah mati dari pusingan pertama. (musim kedua)
Sejarah Kejohanan
MBSJ FC muncul sebagai juara dua musim berturut-turut, membuktikan dominasi mereka dalam bola sepak wanita di Selangor.
Negeri Sembilan FC merupakan pasukan pertama yang menjuarai liga ini ketika ia diperkenalkan pada tahun 2021.
Kempen & Slogan: “RISING ABOVE”
Tema “Rising Above” dipilih sebagai slogan rasmi musim ini, melambangkan semangat pemain wanita dalam mengatasi segala cabaran dan berusaha ke arah kejayaan. Ia membawa mesej motivasi kepada semua pasukan untuk terus maju dalam sukan bola sepak wanita.
Tarikh Mula & Liputan Media
19 April 2025 adalah tarikh yang dinantikan oleh semua peminat bola sepak wanita. Selain dapat menyaksikan aksi secara langsung di stadium, peminat juga boleh mengikuti perkembangan perlawanan menerusi:
🔴 Facebook & YouTube: FA Selangor
🔴 Instagram & Facebook: @faselangorwomens
Dengan gabungan pasukan baharu, format pertandingan yang menarik, serta semangat juang yang tinggi, Liga FAS Women’s Super League 2025 pasti akan menjadi kejohanan yang penuh aksi dan mendebarkan! Nantikan detik-detik menarik di atas padang!