Piala Sumbangsih FAS 2025: Pembuka Tirai Musim Bola Sepak Amatur Selangor.

ARTIKEL OLEH:

Piala Sumbangsih FAS 2025 membuka tirai musim bola sepak Selangor dengan gaya yang cukup bersejarah apabila buat pertama kalinya, kejohanan ini menyaksikan perlawanan melibatkan kategori lelaki dan wanita diadakan serentak dalam satu hari di Stadium MPAJ.

Perlawanan ini bukan sahaja mempertemukan dua kuasa besar bola sepak lelaki negeri Selangor, malah mencatat detik bersejarah dengan penganjuran edisi pertama Piala Sumbangsih Wanita FAS, sebagai simbol komitmen terhadap pembangunan bola sepak yang lebih inklusif dan menyeluruh.

Kategori Lelaki: Aksi Sengit Buka Tirai Musim

Dalam pertembungan antara MPKJ FC selaku juara Liga Super Selangor 2024 dan MBSA FC yang muncul juara Piala FA Selangor 2024, para penyokong disajikan dengan aksi kompetitif sejak wisel pertama.

MPKJ FC menjuarai kempen Liga Super FAS 2025 mereka menerusi jaringan tunggal oleh Dnesh A/L Maniyarasan menentang NPNG FC. Manakala MBSA FC muncul juara menentang Kelana United bagi saingan Piala FA Selangor 2024 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan yang berkesudahan dengan jaringan 0-0. 

Kategori Wanita: Edisi Sulung yang Membanggakan

Sejarah tercipta di padang yang sama apabila Piala Sumbangsih Wanita FAS dianjurkan buat julung kalinya. Pertembungan antara MBSJ FC (juara FAS Women’s Super League 2024) dan MBPJ FC (juara Piala FA Wanita Selangor 2024) memperlihatkan mutu permainan wanita yang semakin berkembang di Selangor.

Tarikh Mula & Liputan Media

Kejohanan ini berlangsung pada 13 April 2025, bertempat di Stadium MPAJ, Ampang, menyatukan peminat bola sepak dari seluruh negeri dalam suasana penuh semangat dan warna-warni sempena permulaan musim baharu. Selain dapat menyaksikan aksi secara langsung di stadium, peminat juga boleh mengikuti perkembangan perlawanan menerusi:

🔴 Facebook & YouTube: FA Selangor

Dengan gabungan tradisi dan pembaharuan, Piala Sumbangsih FAS 2025 bukan sahaja menandakan permulaan musim baharu bola sepak Selangor, tetapi turut menjadi simbol kemajuan dan keterangkuman dalam sukan.

Berita Terkini