Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dengan berbesar hati mengumumkan kerjasama strategik bersama New York Dutch Lions FC dalam usaha memperkasa ekosistem bola sepak wanita di Negeri Selangor. Kerjasama ini menandakan komitmen kedua-dua pihak dalam membangunkan bola sepak wanita melalui program latihan yang merangkumi pembangunan bakat, pendidikan kejurulatihan dan teknikal di peringkat antarabangsa.
Peranan Kedua-dua Pihak
FAS:
- Mengembangkan struktur bola sepak wanita di Selangor dengan menyediakan lebih banyak peluang kepada pemain muda berbakat.
- Menyediakan fasiliti, program pembangunan dan kejohanan untuk memajukan bola sepak wanita di peringkat akar umbi.
- Mempromosikan bola sepak wanita menerusi penganjuran liga yang menekankan nilai komersial, berprestij dan kompetitif di negeri Selangor.
New York Dutch Lions:
- Sebuah pasukan bola sepak yang memberi fokus terhadap pembangunan bola sepak akar umbi terutamanya wanita.
- Bertanding dalam Liga Perdana Bola Sepak Wanita (WPSL), liga semi profesional yang akan membuka laluan kepada pemain ke liga utama piramid bola sepak Amerika Syarikat.
- Pasukan yang mempunyai rekod prestasi yang baik dari segi pengurusan pasukan dan penyertaan dalam pertandingan kompetitif selain sifat keterbukaan yang mampu memberi peluang kepada pemain wanita untuk terus berkembang.
Matlamat Kerjasama
Kerjasama ini bertujuan untuk:
- Laluan Ke Pentas Bola Sepak Antarabangsa: Membuka peluang kepada bakat Malaysia untuk mewakili pasukan dalam Liga Perdana Bola Sepak Wanita (WPSL) di Amerika Syarikat
- Jalinan Pintar Antara Dua Negara: Bekerjasama dalam pembangunan bola sepak wanita menerusi perkongsian ilmu dari sudut teknikal, kejurulatihan dan budaya bola sepak wanita di antara dua negara.
- Perkongsian Kepakaran: Menggabungkan kepakaran kejurulatihan menerusi klinik bola sepak dan sesi pencarian bakat bersama FAS.
Kerjasama ini adalah satu langkah besar ke arah menjadikan Selangor sebagai hab bola sepak wanita yang kompetitif dan berdaya maju. Kami yakin dengan kolaborasi ini, bola sepak wanita di Negeri Selangor akan terus berkembang dan mencapai tahap yang lebih tinggi.
___________________________________________________________________
The Football Association of Selangor (FAS) is proud to announce a strategic partnership with New York Dutch Lions FC in an effort to strengthen the women’s football ecosystem in Selangor. This collaboration signifies the commitment of both parties in developing women’s football through training programs that encompass talent development, coaching education, and technical advancements at the international level.
Roles of Both Parties
FAS:
- Expanding the structure of women’s football in Selangor by providing more opportunities for young talented players.
- Providing facilities, development programs, and tournaments to advance women’s football at the grassroots level.
- Promoting women’s football through the organization of leagues that emphasize commercial value, prestige, and competitiveness in Selangor.
New York Dutch Lions:
- A football club focused on grassroots development, particularly in women’s football.
- Competing in the Women’s Premier Soccer League (WPSL), a semi-professional league that serves as a pathway for players to the top tiers of the U.S. football pyramid.
- A team with a strong track record in management and participation in competitive tournaments, while maintaining an open approach to providing opportunities for female players to grow and excel.
Objectives of the Partnership
Pathway to International Football – Creating opportunities for Malaysian talents to represent the team in the Women’s Premier Soccer League (WPSL) in the United States.
Smart Collaboration Between Two Nations – Strengthening women’s football development through the exchange of knowledge in technical aspects, coaching, and football culture between the two countries.
Sharing of Expertise – Combining coaching expertise through football clinics and talent scouting sessions in collaboration with FAS.
This partnership is a major step towards establishing Selangor as a competitive and progressive hub for women’s football. We are confident that through this collaboration, women’s football in Selangor will continue to grow and reach new heights.