FAS WOMEN’S SUPER LEAGUE KEMBALI UNTUK EDISI 2023 DENGAN PASUKAN BARU DAN LEBIH BERTENAGA

ARTIKEL OLEH:

Selepas setahun, FAS Women’s Super League (WSL) akan kembali pada 2023 dan kali ini, pertandingan tersebut akan mempunyai pertambahan pasukan daripada edisi 2021.

Edisi pertama menyaksikan sepuluh pasukan yang diasingkan ke dua kumpulan di mana Negeri Sembilan Women Football Club (NSWFC) menjadi juara WSL pertama selepas mengatasi The Footsouls 1-0 dengan jaringan pada minit terakhir perlawanan untuk memenangi piala kejohanan.

Pada tahun ini, pertandingan WSL akan dimeriahkan dengan 12 pasukan dan yang sekali lagi diasingkan kepada dua kumpulan. Pasukan yang akan kembali daripada edisi 2021 adalah NSWFC, FC SWAT, SSS Leopard FC, MBSJ FC, SA United and UiTM Lioness.

Ini bermaksud enam pasukan yang lain adalah pasukan baru dan akan membuat penampilan pertama WSL pada tahun ini. Senarai pasukan baru adalah Kelana United, Sternen FC, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), PJ Kita FC (MBPJ), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Spicegals. Naib juara WSL 2021 The Footsouls, Rhym Rovers, Radia Ladies dan First 11 FC tidak akan kembali untuk edisi 2023 selepas bertanding pada tahun 2021.

“Saya gembira Women’s Super League kembali lagi selepas kejayaan edisi 2021. Kami tetap komited untuk mengembangkan bola sepak wanita dan hakikatnya, terdapat lebih banyak pasukan baru pada pertandingan tahun ini menunjukkan misi kita masih kuat,” kata Setiausaha Agung FAS, Izrin Nabil.

“Namun, membangunkan bola sepak, terutamanya bola sepak wanita, adalah proses yang panjang dan kami harap bilangan pasukan WSL yang lebih besar akan membuka lebih banyak peluang baru untuk wanita pada masa depan dan juga edisi masa depan WSL,” tambah Izrin.

Undian WSL akan diadakan pada 25hb Januari dan sepak mula perlawanan pertama akan bermula pada 8hb Februari sehingga 19hb Mac. Semua perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan di Radia Arena Bukit Jelutong untuk peringkat kumpulan dan Arena MBSJ untuk peringkat kalah mati.

————————

Following a year’s absence, the FAS Women’s Super League (WSL) will make its return in 2023 and this time the tournament will feature more teams than its inaugural edition in 2021. 

The first edition featured ten teams split into two groups where Negeri Sembilan Women Football Club (NSWFC) became the first FAS WSL champions after beating The Footsouls 1-0, scoring in the final minute to win the trophy.

This year, the WSL will now have 12 teams and they will also be split into two groups. The teams returning from the 2021 edition are defending champions Negeri Sembilan Women Football Club (NSWFC),  FC SWAT, SSS Leopard FC, MBSJ FC, SA United and UiTM Lioness.


This means the six remaining teams will make their WSL debut this year. Newcomers include Kelana United, Sternen FC, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), PJ Kita FC (MBPJ), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) and Spicegals FC. Runners-up The Footsouls will not make their return to the 2023 edition along with Rhym Rovers, Radia Ladies, and First 11 FC after competing in 2021.


“I’m ecstatic the Women’s Super League is back following the relative success of the first tournament in 2021. We remain committed to growing women’s football and the fact that there are more newcomers in this year’s competition shows that our mission is still growing strong,” said Izrin Nabil, the Secretary General of FAS.


“However, developing the football scene, especially from the women’s side, is a continuous process and we hope that this year’s bigger WSL cast will further open new possibilities for the women’s game in the future and also for future editions of the WSL,” added Izrin.


The WSL draw will be held on 25th January and the first match week will kick off on the 8th of February and ends on the 19th of March. All matches will be held at Radia Arena Bukit Jelutong for the grouping stages and at Arena MBSJ for the knockout stages.

Berita Terkini

BERITA
admin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »