HARI BOLA SEPAK SELANGOR 2023 X FAS WSL 2023 GRAND FINAL

ARTIKEL OLEH:

Hari Ahad, 19hb Mac 2023 bakal berlangsungnya acara yang menjadi tumpuan bola sepak negeri Selangor iaitu Hari Bola Sepak Selangor (HBS) di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. HBS2023 merupakan siri keempat penganjurannya bermula di bawah naungan Football Selangor pada tahun 2017 yang menyaksikan acara ini dijalankan seiring dengan perlawanan akhir Selangor Champions League 2017 yang menyaksikan pertembungan di antara Axis-O2 menentang PIB FC.

Tiga tahun acara ini tidak dapat dijalankan akibat kekangan-kekangan Covid-19 dan ketidaksediaan lokasi penganjuran. Namun tahun ini menyaksikan kembalinya acara yang gilang gemilang ini. Dengan lokasi yang baru di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, acara ini tetap dimeriahkan dengan pengisian-pengisian yang menjanjikan kemeriahan kepada pengujung-pengunjung yang bakal hadir.

Aktiviti yang bakal mengisi acara pada hari tersebut adalah Keep It Street 3v3, FC Votafogo 5v5 No Look Penalty, Beach Soccer Penalty Shoot Out, Bazar Bola Sepak, gerai-gerai penaja, tapak permainan kanak-kanak mega dan trak makanan. Masuk adalah percuma!

Klik pautan rasmi HBS2023 di bawah:

Saksikan juga video promosi utama bagi acara ini.

Berita Terkini