KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA AFC/FAM C
TARIKH KURSUS: SESI 1 7-15 JULAI 2025 | SESI 2: 15-20 SEPTEMBER 2025
LOKASI: PADANG RADIA ARENA, BUKIT JELUTUNG SHAH ALAM
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 7 JUNE 2024
Terhad kepada 30 orang peserta untuk setiap sesi kursus
PENDAFTARAN INI MEMERLUKAN ANDA MEMPUNYAI EMAIL GMAIL UNTUK MUAT NAIK SIJIL KEJURULATIHAN FAM D atau SIJIL KEJURULATIHAN AWALAN, SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA & GAMBAR PASSPORT
Maklumat Penting & Syarat-Syarat Individu bagi Permohonan Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C
=======================
Syarat Utama Bagi Pemohon
=======================
Syarat-Syarat Utama Bagi Pemohon adalah seperti berikut:
1. Mempunyai Minat.
2. Mengurus dan mahu memperbaikI kemahiran jurulatih.
3. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit yang serius.
4. Mampu untuk melaksanakan aktiviti kecergasan didalam module Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C
5. Tiada mempunyai kecederaan yang serius yang menghalang peserta terlibat dalam aktiviti padang.
6. Sudah lulus menjalankan Kursus Sijil Kejurulatihan FAM D atau Sijil Kursus Kejurulatihan Awalan.
7. Sudah mempunyai Sijil Kursus Kejurulatihan FAM D atau Sijil Kursus Kejurulatihan Awalan.
=======================
Cara Permohonan
=======================
Borang permohonan perlulah lengkap di isi oleh peserta.
PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP, TIDAK DITERIMA UNTUK URUSAN PEMPROSESAN.
Permohonan hanya melalui ‘online’ sahaja.
Dokumen WAJIB diperlukan adalah:
1. SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA
2. SALINAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT
3, SALINAN SIJIL KURSUS KEJURULATIHAN FAM D ATAU KURSUS KEJURULATIHAN AWALAN
4. SURAT PELEPASAN DARI PERSATUAN BOLASEPAK NEGARA ANDA, JIKA ANDA BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Dokumen ini dalam bentuk ‘softcopy’ SAHAJA
=====================
Yuran & Cara Pembayaran
=====================
1. PENGINAPAN DISEDIAKAN
2. MAKAN & MINUM DISEDIAKAN
3. PAKAIAN PESERTA DISEDIAKAN
4. YURAN KURSUS KEJURULATIHAN ADALAH RM3500
5. PEMBAYARAN YURAN RM2000 PERLU DILAKSANAKAN DI “PAYMENT GATEWAY” YANG DISEDIAKAN KETIKA PROSES BORANG PENDAFTARAN DIHANTAR
6. PERMOHONAN TANPA SEBARANG DEPOSIT PEMBAYARAN TIDAK AKAN DIPROSES.
7. TIADA PEMULANGAN PEMBAYARAN JIKA PESERTA MENARIK DIRI ATAS APA JUA ALASAN
8. KEMATIAN, KEMALANGAN BERSERTA KECEDERAAN SERIOUS BESERTA BUKTI SAHAJA AKAN DIMAJUKAN KE TARIKH KURSUS SETERUSNYA
=================================
Maklumat-Maklumat Lain Perlu Diketahui
=================================
* Program Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C adalah dibawah penganjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)
* Kursus ini dalam terdapat 2 sesi iaitu Sesi 1: 9 Hari & Sesi 2: 6 hari melengkapkan jangka masa 15 hari
* Kedatangan untuk kesemua sesi adalah wajib dan memberi impak besar terhadap markah lulus peserta.
* Kesemua kursus kejurulatihan adalah dibawah pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
* Sijil kursus akan dikeluarkan oleh pihak FAM.
* Pihak FAS tidak bertanggungjawab diatas kecederaan yang berlaku sepanjang kursus ini dijalankan
* Kesihatan dan kesejahteraan peserta adalah tanggungjawab individu
Nama instruktor dan nama pembantu instruktor adalah di bawah tanggungjawab FAM melalui Bahagian Pendidikan Kejurulatihan (Coach Education Department). Oleh itu pihak penganjur tiada hak untuk memilih instruktor dan pembantu instruktor.
PENGANJUR MEMPUNYAI HAK UNTUK MENUKAR TARIKH DAN TEMPAT KURSUS.
Tarikh:
Sesi 1: 7-15 Julai 2025
Sesi 2: 15-20 September 2025
Lokasi:
PADANG RADIA ARENA, BUKIT JELUTUNG SHAH ALAM
Tarikh Tutup Pendaftaran:
9 Jun 2025
Malaysian: RM1200
Non-Malaysian: RM1200
Malaysian: RM3500
Non-Malaysian: RM3500
Malaysian: RM6000
Non-Malaysian: RM6000
Malaysian: RM350
Non-Malaysian: RM350
Hakcipta Terpelihara © Persatuan Bola Sepak Selangor