**Terhad Kepada 30 Peserta Setiap Sesi

KURSUS SIJIL KEJURULATIHAN FAM D

Ayuh mendaftar dalam senarai KURSUS SIJIL KEJURULATIHAN FAM D yang akan dianjurkan oleh PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR

mAKLUMAT kURSUS

Berminat untuk menjadi jurulatih bola sepak? Inilah peluang anda!

Ayuh mendaftar dalam senarai Kursus Sijil Kejurulatihan FAM D yang akan dianjurkan oleh PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR.

TARIKH KURSUS: 17HB OKTOBERHINGGA 21HB OKTOBER 2022
LOKASI: PADANG RADIA ARENA, BUKIT JELUTUNG, SHAH ALAM SELANGOR

Terhad kepada 30 orang peserta untuk setiap sesi kursus

* TIADA PEMULANGAN WANG PENDAFTARAN JIKA PESERTA MENARIK DIRI DARI KURSUS INI

Untuk maklumat lanjut sila hubungi melalui email:-
[email protected]

=======================
Syarat Utama Bagi Pemohon
=======================

Syarat-Syarat Utama Bagi Pemohon adalah seperti berikut:

1. Mempunyai Minat.
2. Mengurus dan mahu memperbaikI kemahiran jurulatih.
3. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit yang serius.
4. Mampu untuk melaksanakan aktiviti kecergasan didalam module Kejurulatihan FAM D
5. Tiada mempunyai kecederaan yang serius yang menghalang peserta terlibat dalam aktiviti padang.
6, Jika mempunyai Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM adalah diutamakan & digalakkan memohon

=======================
Cara Permohonan
=======================

Borang permohonan perlulah lengkap di isi oleh peserta. Permohonan yang tidak lengkap, dianggap tidak diterima untuk urusan pemprosesan.

Permohonan hanya melalui ‘online’ sahaja.

Dokumen WAJIB diperlukan adalah:
1. SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA (PDF FORMAT)
2. SALINAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT (JPEG FORMAT berlatar belakang biru atau putih.

=====================
Yuran & Cara Pembayaran
=====================

Yuran adalah RM700.00.
Bayaran pertama: RM350 melalui pautan pendaftaran
Bayaran kedua: RM350 melalui online banking setelah menerima pengesahan emel.

Hanya 30 peserta dibenarkan untuk memohon. Oleh itu, pendaftaran berdasarkan kadar segera peserta memohon. Jika sudah melebihi 30 peserta, nama akan disenaraikan dalam ‘senarai menunggu’.

Yuran sudah termasuk perkara berkaitan sepanjang kursus iaitu:
a) Dua helai pakaian baju jersi untuk sesi padang.
b) Dua helai pakaian baju berkolar untuk sesi kelas.
c) Minum pagi, makan tengahari dan makan malam.
d) Minuman ringan untuk sesi latihan padang pagi dan petang.
e) Penginapan disediakan kepada yang memerlukan sepanjang kursus.

* Deposit 50% atau RM350 perlu disertakan ketika mengisi & menghantar borang permohonan secara ‘online’ melalui pautan.
* Baki yuran sebanyak 50% atau RM350 perlu diselesaikan 10 hari sebelum kursus bermula mengikut arahan seterusnya dalam emel pengesahan.

* Permohonan tanpa sebarang deposit pembayaran tidak akan diproses.
* TIADA PEMULANGAN WANG PENDAFTARAN JIKA PESERTA MENARIK DIRI DARI KURSUS INI*

=================================
Maklumat-Maklumat Lain Perlu Diketahui
=================================

* Program kursus sijil kejurulatihan FAM D adalah dibawah penganjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)
* Kursus ini dalam jangka masa 5 hari
* Peserta digalakkan tetapi tidak diwajibkan bermalam di tempat penginapan yang disediakan oleh penganjur
* Kedatangan untuk kesemua sesi adalah wajib dan memberi impak besar terhadap markah lulus peserta.
* Kesemua kursus kejurulatihan adalah dibawah pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
* Sijil kursus akan dikeluarkan oleh pihak FAM.
* Pihak FAS tidak bertanggungjawab diatas kecederaan yang berlaku sepanjang kursus ini dijalankan
* Kesihatan dan kesejahteraan peserta adalah tanggungjawab individu

Nama instruktor dan nama pembantu instruktor adalah di bawah tanggungjawab FAM melalui Bahagian Pendidikan Kejurulatihan (Coach Education Department). Oleh itu pihak penganjur tiada hak untuk memilih instruktor dan pembantu instruktor.

Penganjur mempunyai hak untuk menukar tarikh dan tempat kursus.

(PASTIKAN SUDAH MEMBACA SERTA MEMAHAMI SETIAP PERKARA DAN MAKLUMAT PENTING)

==================================

*PENDAFTARAN KURSUS*

Sebelum mendaftar:
1. Sila baca Syarat Individu (Utama)
2. Sila baca Yuran & Cara Pembayaran
3. SIla baca Maklumat-Maklumat lain

Info Ringkas

Tarikh Kursus:
17 Oktober 2022 -21 Oktober 2022

Lokasi:
Padang Radia Arena, Bukit Jelutong, Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

KURSUS SIJIL KEJURULATIHAN
FAM D

Malaysian: RM700
Non-Malaysian: RM1000

KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA AFC/FAM C

Malaysian: RM1800
Non-Malaysian: RM2200

KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA AFC/FAM B

Malaysian: RM3800
Non-Malaysian: RM4500

KURSUS KEJURULATIHAN
AKAR UMBI FAM

Malaysian: RM250
Non-Malaysian: RM250