**Terhad Kepada 30 Peserta Setiap Sesi

KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA AFC/FAM B

Ayuh mendaftar dalam senarai Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM B yang akan dianjurkan oleh PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR

mAKLUMAT kURSUS

Ayuh mendaftar dalam KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA AFC/FAM B yang dianjurkan oleh PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR.

TARIKH KURSUS SESI 1: 16-25 SEPTEMBER 2024
TARIKH KURSUS SESI 2: 2-11 DISEMBER 2024
LOKASI: PADANG RADIA ARENA BUKIT JELUTONG SHAH ALAM
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 16 OGOS 2024

Terhad kepada 30 orang peserta untuk setiap sesi kursus

PENDAFTARAN INI MEMERLUKAN ANDA MEMPUNYAI EMAIL GMAIL UNTUK MUAT NAIK SIJIL KEJURULATIHAN FAM C, SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA & GAMBAR PASSPORT

Maklumat Penting & Syarat-Syarat Individu bagi Permohonan KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA AFC/FAM B

=======================
Syarat Utama Bagi Pemohon
=======================

Syarat-Syarat Utama Bagi Pemohon adalah seperti berikut:
1. Mempunyai Minat
2. Mengurus dan mahu memperbaiki kemahiran jurulatih.
3. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit yang serius.
4. Mampu untuk melaksanakan aktiviti kecergasan didalam module Kejurulatihan Diploma AFC/FAM B
5. Tiada mempunyai kecederaan yang serius yang menghalang peserta terlibat dalam aktiviti praktikal di padang.
6. Sudah lulus menjalankan Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C.
7. Sudah mempunyai Sijil Kursus Kejurulatihan AFC/FAM C.
8. Sudah mempunyai SATU TAHUN 6 BULAN pengalaman dari tarikh Lulus Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C.
9. Mempunyai SATU TAHUN pengalaman dari tarikh Lulus Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C untuk bekas pemain profesional
10. Aktif dalam kejurulatihan di peringkat Akademi & Kelab Bolasepak.
11. Jurulatih yang mempunyai Kelab dan mendidik peringkat usia dewasa dan remaja boleh memohon

=======================
Cara Permohonan
=======================

Borang permohonan perlulah lengkap di isi oleh peserta. Permohonan yang tidak lengkap, dianggap tidak diterima untuk urusan pemprosesan. Permohonan hanya melalui ‘online’ sahaja.

Dokumen WAJIB diperlukan adalah:

1. SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA (PDF FORMAT)
2. SALINAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT (JPEG FORMAT berlatar belakang biru atau putih)
3. SALINAN SIJIL KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA AFC/FAM C (PDF FORMAT)

=====================
Yuran & Cara Pembayaran
=====================

Yuran WARGANEGARA adalah RM6,000.00.
Yuran BUKAN WARGANEGARA adalah RM6,000
Bayaran pertama: RM3,000.00 melalui pautan pendaftaran
Bayaran kedua: RM3,000.00 melalui online banking setelah menerima pengesahan emel.
Hanya 30 peserta dibenarkan untuk memohon. Oleh itu, pendaftaran berdasarkan kadar segera peserta memohon.

Yuran sudah termasuk perkara berkaitan sepanjang kursus iaitu:
a) Tiga helai pakaian baju jersi untuk sesi padang.
b) Tiga helai pakaian baju berkolar untuk sesi kelas.
c) Minum pagi, makan tengahari dan makan malam.
d) Minuman ringan untuk sesi latihan padang pagi dan petang.

* Deposit 50% atau RM2,000 perlu disertakan ketika mengisi & menghantar borang permohonan secara ‘online’ melalui pautan.
* Baki yuran sebanyak 50% atau RM2,000 perlu diselesaikan 10 hari sebelum kursus bermula mengikut arahan seterusnya dalam emel pengesahan.
* Permohonan tanpa sebarang deposit pembayaran tidak akan diproses.
* TIADA PEMULANGAN PEMBAYARAN JIKA PESERTA MENARIK DIRI ATAS APA JUA ALASAN
*KEMATIAN, KEMALANGAN BERSERTA KECEDERAAN SERIOUS BESERTA BUKTI SAHAJA AKAN DIMAJUKAN KE TARIKH KURSUS SETERUSNYA

=================================
Maklumat-Maklumat Lain Perlu Diketahui
=================================

* Program Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM B adalah dibawah penganjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)
* Kursus ini dalam jangka masa 20 hari
* Kursus dijalankan mengikut pecahan berikut:
– MODULE 1 dijalankan selama 10 HARI
– SELANGAN KEJURULATIHAN AKTIF SELAMA 8 MINGGU (REHAT)
– MODULE 2 dijalankan selama 10 HARI
* Peserta digalakkan bermalam di tempat penginapan yang disediakan oleh penganjur
* Kedatangan untuk kesemua sesi adalah WAJIB memberi impak besar terhadap markah lulus peserta.
* Kesemua kursus kejurulatihan adalah dibawah pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
* Sijil kursus akan dikeluarkan oleh pihak AFC & FAM.
* PIHAK FAS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DIATAS KECEDERAAN YANG BERLAKU SEPANJANG KURSUS INI DIJALANKAN
* KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN PESERTA ADALAH TANGGUNGJAWAB INDIVIDU

Nama instruktor dan nama pembantu instruktor adalah di bawah tanggungjawab FAM melalui Bahagian Pendidikan Kejurulatihan (Coach Education Department). Oleh itu pihak penganjur tiada hak untuk memilih instruktor dan pembantu instruktor.

PENGANJUR MEMPUNYAI HAK UNTUK MENUKAR TARIKH DAN TEMPAT KURSUS.

PASTIKAN SUDAH MEMBACA SERTA MEMAHAMI SETIAP PERKARA DAN MAKLUMAT PENTING

Info Ringkas

Sesi 1:
16-25 September 2024

Sesi 2:
2-11 Disember 2024

Lokasi:
Padang Radia Arena Bukit Jelutong Shah Alam

Daftar Sebelum:
16 Ogos 2024

KURSUS SIJIL KEJURULATIHAN
FAM D

Malaysian: RM1200
Non-Malaysian: RM1200

KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA AFC/FAM C

Malaysian: RM3500
Non-Malaysian: RM3500

KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA AFC/FAM B

Malaysian: RM6000
Non-Malaysian: RM6000

KURSUS KEJURULATIHAN
AKAR UMBI FAM

Malaysian: RM350
Non-Malaysian: RM350