FA SELANGOR INNOVATION HUB (FASIH)

ARTIKEL OLEH:

Bermula pada November 2020, FAS telah melancarkan sesi Football Selangor Innovation Hub (FSIH) sebagai pentas percubaan dalam mengenalpasti topik, kumpulan sasaran, platform terbaik, waktu terbaik serta pemilihan panel jemputan bagi sesi ini. FSIH Vol. 1 dan FSIH Vol.2 menjadi sebuah platform percubaan yang baik bagi FAS merangka program yang lebih baik.

Pada 26 Jun 2021, siri terbaru yang kini dipanggil FA Selangor Innovation Hub (FASIH) telah diadakan dengan panel jemputan Dr. Sean Thum, Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Bryan Win Pegawai Psikologi Selangor FC dalam membincangkan tajuk Kesihatan Mental dan Psikologi Sukan dalam Bola Sepak eksklusif hanya untuk peserta FAS Grassroots Football Network FAS GFN melalui platform Zoom.

Bagi siri FASIh terbaru ini, FAS menjadikan ianya sebagai sebuah program atas talian yang eksklusif dengan menjemput panel yang berautoriti dan berprofil tinggi. Sesi kedua yang dijalnkan pada 10 Julai 2021 menjemput barisan panel seperti En. Yunus Iskandar, Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAS, Dr. Raja Firhad, Ketua Unit Kecergasan Selangor FC dan Richard Furneaux daripada Asia Pacific Schools.

Selain FASIH, FAS juga menjalankan sesi bual bicara yang lebih santai bersama komuniti bola sepak yang diberi nama FAS Sharing Session (FASharing).

Berita Terkini

BERITA
fsadmin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »