SCL 2021 Matchweek 2 Talking Points

ARTIKEL OLEH:

1. Klasiko Berarak Terus

SA Klasiko telah menarik perhatian pasukan SCL yang lain setelah mencatatkan kemenangan yang ketiga berturut-turut selepas mengatasi Petaling PNSB 2-1. Klasiko bergerak dengan pantas untuk meletakkan cop atas perlawanan tersebut dan dapat menuai ganjaran dengan dua goal awal perlawanan oleh duo penyerang mereka, Syazwan Nasaruddin dan Aidil Abdul Aziz.

Walaubagaimanpun, Klasiko tersentak selepas Ermy Syazwan mendapatkan satu gol untuk PNSB tidak lama selepas gol Aidil. Prestasi Nuriskandar Abdul Hamid membuatkan Klasiko dapat bertahan sampai akhir perlawanan untuk meraikan kemenangan. Corak permainan Klasiko, terutamanya dari segi serangan, merupakan faktor yang penting ‘form’ semasa pasukan yang pada masa ini, berdirii di tempat pertama Kumpulan A.

2. KRU Barulah Bergaya

Pada minggu lepas, KRU Port Klang FC mest berfikir bagaimana mereka tidak dapat gol lawan Gombak FA

Pada minggu lepas, KRU Port Klang FC mesti berfikir bagaimana mereka tidak berjaya mendapatkan gol melawan Gombak FA-MPAJ. Setelah wisel ditiupkan menandakan tamat separuh masa pertama semasa berlawan ISMA Shah Alam, KRU mesti tertanya-tanya adakah perkara sama akan berlaku lagi. KRU akhirnya dapat menjaringkan bukan sahaja satu gol, tetapi tiga gol, semuanya dalam separuh masa kedua.


Semuanya bermula selepas Ridzuan Adly Hussham dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol ISMA, Amirul Shafiq Samsuri dan Lukhman Noor berjaya mejaringkan penalti. Tidak lama kemudian, Lukhman membuat ‘assist’ dengan memainkan bola kepada pemain penggantian Azfar Hamzah untuk gol kedua dan pada hujung perlawanan, pemain tengah Akhir Bahari memastikan kemenangan menjadi lebih manis dengan gol ketiga. KRU Port Klang telah mengorak langkah bergaya dalam perlawanan kedua mereka.

3. Boss FC Terikat, Tetapi Laksamana 30 Masih Tumpul

Seperti perlawanan berdepan Perlima United, Kg Bharu Boss FC sekali lagi terhad kepada satu ‘shot’ sahaja pada seluruh separuh masa pertama. Tetapi kali ini, Boss FC tidak dapat menembusi pertahanan Laksamana 30 Gombak sehingga akhir perlawanan. Walaupun mempunyai kelebihan ‘possession’ dan kemudian, membawa masuk Man-of-the Match perlawanan sebelum, Syakimi Karim, mereka tetap gagal menembusi gawang gol Laksamana 30 dan terpaksa berkongsi satu mata. 


Pada masa yang sama, Laksamana 30 berkerja kuat untuk menutupkan apa-apa peluang yang diperolehi BOSS FC untuk melancarkan serangan dan mereka juga dapat mengenakan tekanan ke atas pasukan lawan dengan serangan sendiri. Tetapi, mereka lagi sekali tidak mendapat apa-apa dari serangan tersebut walaupun terdapat lebih banyak percubaan. Seorang perlu bertanya, apa yang perlu Laksamana 30 lakukan untuk akhirnya mendapat gol kerana ini merupakan kali ketiga berturut-turut mereka gagal mencetak gol.

4. Hafizi Sebagai Dinding Bata

Cyberjaya Teleflow ada beberapa peluang untuk berhadapan dan mereka mungkin rasa mereka layak m

Cyberjaya Teleflow mempunyai beberapa peluang untuk berada di hadapan dan mereka mungkin merasakan mereka lebih layak mendapat tiga mata dari perlawanan ini. Tetapi prestasi penjaga gol SA United, Hafizi Hamdan kukuh tidak membenarkan sebarang percubaan Teleflow memasuki gol beliau berlaku.


Hafizi membuat lima halangan yang penting untuk memastikan SA United masih dalam perlawanan, terutamanya pada minit ke-55 menafikan peluang keemasan Azizul Ikhwan dua kali secara berturut-turut. Hafizi memainkan peranan yang penting mendapatkan satu mata untuk SA United, tetapi mereka perlu bermula mendapat tiga mata secara rentak secepat mungkin.

5. 10 Minit Impak Asrul Basri

Sepuluh minit. Itu sahaja masa yang diperlukan oleh Asrul Basri untuk menentukan keputusan perlawanan. Diturunkan kesebelasan utama pada kali pertama, Asrul menjaringkan hat-trick yang mengejutkan pihak perlawanan dan mungkin juga pasukan sendiri dengan impak yang keras.

Malam Asrul Basri bermula pada minit ke-16 apabila beliau melancarkan rembatan dari sayap kanan untuk meletakkan MPKJ di hadapan. Selepas itu, Asrul memastikan bola masuk ke jaringan gol untuk gol kedua walaupun dengan bantuan Aiman Ruslan yang membuat lob ke atas Ruzaini Afiq, penjaga gol Puchong Fuerza. Tetapi, tiada keraguan tentang prestasi beliau selepas gol sepakan percuma pada minit ke-26 apabila beliau meledakkan bola melepasi Ruzaini.Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Puchong Fuerza yang tak berputus asa untuk mendapat gol balik selepas gol ketiga Asrul di separuh masa kedua.

Berita Terkini