TARIKH KURSUS: 18 – 23 Sept 2023
LOKASI: PADANG RADIA ARENA BUKIT JELUTONG SHAH ALAM
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 7 Aug 2023
*Terhad kepada 30 orang peserta untuk setiap sesi kursus
*Hanya peserta WANITA SAHAJA DIBENARKAN
=======================
Syarat Utama Bagi Pemohon
=======================
Syarat-Syarat Utama Bagi Pemohon adalah seperti berikut:
1. WANITA
2. Mempunyai Minat.
3. Mengurus dan mahu memperbaikI kemahiran jurulatih.
4. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit yang serius.
5. Mampu untuk melaksanakan aktiviti kecergasan didalam module Kejurulatihan FAM D
6. Tiada mempunyai kecederaan yang serius yang menghalang peserta terlibat dalam aktiviti padang.
=======================
Cara Permohonan
=======================
Borang permohonan perlulah lengkap di isi oleh peserta.
PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP, TIDAK DITERIMA UNTUK URUSAN PEMPROSESAN.
Permohonan hanya melalui ‘online’ sahaja.
Dokumen WAJIB diperlukan adalah:
1. SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA (PDF FORMAT)
2. SALINAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT (JPEG FORMAT berlatar belakang biru atau putih)
3. SURAT PELEPASAN DARI PERSATUAN BOLASEPAK NEGARA ANDA, JIKA ANDA BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Dokumen ini dalam bentuk ‘softcopy’ menggunakan format PDF sahaja
(kecuali GAMBAR BERUKURAN PASSPORT dalam format JPEG diterima).
* Pembayaran yuran RM 500 perlu dilaksanakan di “Payment Gateway” yang disediakan ketika proses borang pendaftaran dihantar
* Permohonan tanpa sebarang deposit pembayaran tidak akan diproses.
* TIADA PEMULANGAN PEMBAYARAN JIKA PESERTA MENARIK DIRI ATAS APA JUA ALASAN
*KEMATIAN, KEMALANGAN BERSERTA KECEDERAAN SERIOUS BESERTA BUKTI SAHAJA AKAN DIMAJUKAN KE TARIKH KURSUS SETERUSNYA
=================================
Maklumat-Maklumat Lain Perlu Diketahui
=================================
* Program kursus sijil kejurulatihan FAM D adalah dibawah penganjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)
* Kursus ini dalam jangka masa 6 hari
* Peserta digalakkan tetapi tidak diwajibkan bermalam di tempat penginapan yang disediakan oleh penganjur
* Kedatangan untuk kesemua sesi adalah wajib dan memberi impak besar terhadap markah lulus peserta.
* Kesemua kursus kejurulatihan adalah dibawah pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
* Sijil kursus akan dikeluarkan oleh pihak FAM.
* Pihak FAS tidak bertanggungjawab diatas kecederaan yang berlaku sepanjang kursus ini dijalankan
* Kesihatan dan kesejahteraan peserta adalah tanggungjawab individu
Nama instruktor dan nama pembantu instruktor adalah di bawah tanggungjawab FAM melalui Bahagian Pendidikan Kejurulatihan (Coach Education Department). Oleh itu pihak penganjur tiada hak untuk memilih instruktor dan pembantu instruktor.
PENGANJUR MEMPUNYAI HAK UNTUK MENUKAR TARIKH DAN TEMPAT KURSUS.
Tarikh Kursus:
18 – 23 Sept 2023
Lokasi:
PADANG RADIA ARENA BUKIT JELUTONG SHAH ALAM
Tarikh Tutup Pendaftaran:
7 Aug 2023
Malaysian: RM1200
Non-Malaysian: RM1200
Malaysian: RM3500
Non-Malaysian: RM3500
Malaysian: RM6000
Non-Malaysian: RM6000
Malaysian: RM350
Non-Malaysian: RM350
Hakcipta Terpelihara © Persatuan Bola Sepak Selangor