
FAS Women’s Super League 2026: Pergerakan Perpindahan Menjelang Peringkat Kalah Mati
Pasukan-pasukan FAS Women’s Super League (WSL) 2026 diberikan satu lagi jendela perpindahan bagi memperkukuhkan skuad masing-masing menjelang aksi peringkat kalah mati, selain persiapan menghadapi saingan Piala Konfederasi untuk pasukan yang tersingkir pada peringkat kumpulan. Walaupun tempoh perpindahan ini dibuka kepada semua pasukan, hanya beberapa kelab mengambil peluang untuk melakukan perubahan dalam skuad mereka. Ada yang sekadar menambah kedalaman pasukan, manakala ada juga yang membawa masuk pemain baharu bagi memperkuatkan posisi tertentu untuk menghadapi cabaran yang semakin sengit. Berikut merupakan senarai lengkap perpindahan pemain bagi jendela perpindahan pertengahan musim FAS WSL 2026. Ringkasan Perpindahan Pasukan Masuk Keluar FC Japan Malaysia 0 1 Galaxi Girls PJ 5 5 KL Spicegals 1 0 Selangor FC 5 5 Velocity FC Setia Alam 2 0














