Memperkenalkan Liga Bola Sepak Wanita Bawah 15 Tahun

ARTIKEL OLEH:

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) kini muncul dengan penambahan baru kepada liga pembangunan bola sepak di negeri Selangor dengan  penganjuran liga bola sepak wanita bawah 15 tahun, FAS Girls League 2024 demi membuka ruang kepada lebih ramai pelapis bola sepak wanita di negeri ini menonjolkan bakat mereka. 

Misi utama penganjuran liga bola sepak wanita di negeri Selangor adalah untuk menyediakan atmosfera bola sepak yang selamat untuk wanita, selain menjadi platform untuk mempromosikan kancah bola sepak wanita amatur di negeri ini.

Sepak mula kejohanan dijadualkan untuk berlangsung pada 20 Julai 2024 ini di Radia Arena, Bukit Jelutong dan bakal dimeriahkan dengan penyertaan 12 pasukan bola sepak wanita bawah 15 tahun dari dalam dan luar negeri Selangor.

FAS Girls League 2024 akan dipertandingkan dalam format pertandingan seperti berikut:
1. Kesemua pasukan yang bertanding dibahagikan kepada dua kumpulan:

2. 30 perlawanan bakal berlangsung dalam tempoh lima minggu untuk saingan peringkat kumpulan

3. Empat pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati

4. Format kalah mati akan digunakan sehingga ke perlawanan akhir

Diharap kejohanan ini bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan liga wanita utama anjuran FAS iaitu FAS Women’s Super League dan memberi peluang kepada pasukan dan juga pemain untuk bersaing di tahap yang lebih tinggi bagi melahirkan pemain bola sepak yang profesional di Malaysia.

#FASGirlsLeague2024

#ThisIsOurTime

Berita Terkini

BERITA
fsadmin

PELANCARAN JENAMA TANJONG SUBANG JAYA

Subang Jaya – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencatatkan sejarah baharu dengan pelancaran jenama perkhidmatan perhotelan, Tanjong Subang Jaya. Jenama ini merupakan sebahagian daripada jaringan jenama

Read More »