**Terhad Kepada 30 Peserta Setiap Sesi

KURSUS SIJIL KEJURULATIHAN FAM D

Ayuh mendaftar dalam senarai KURSUS SIJIL KEJURULATIHAN FAM D yang akan dianjurkan oleh PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR

mAKLUMAT kURSUS

TARIKH: 20-25 MAY 2024
LOKASI: PADANG RADIA ARENA BUKIT JELUTONG SHAH ALAM
TARIKH TUTUP: 30 APRIL 2024

Terhad kepada 30 orang peserta untuk setiap sesi kursus

=======================
Syarat Utama Bagi Pemohon
=======================

Syarat-Syarat Utama Bagi Pemohon adalah seperti berikut:

1. Mempunyai Minat.
2. Mengurus dan mahu memperbaikI kemahiran jurulatih.
3. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit yang serius.
4. Mampu untuk melaksanakan aktiviti kecergasan didalam module Kejurulatihan FAM D
5. Tiada mempunyai kecederaan yang serius yang menghalang peserta terlibat dalam aktiviti padang.
6, WAJIB MEMPUNYAI Sijil Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM.

=======================
Cara Permohonan
=======================

Borang permohonan perlulah lengkap di isi oleh peserta.
PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP, TIDAK DITERIMA UNTUK URUSAN PEMPROSESAN.

Permohonan hanya melalui ‘online’ sahaja.

Dokumen WAJIB diperlukan adalah:
1. SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA (PDF FORMAT)
2. SALINAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT (JPEG FORMAT berlatar belakang biru atau putih)
3. SURAT PELEPASAN DARI PERSATUAN BOLASEPAK NEGARA ANDA, JIKA ANDA BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
4. SIJIL KURSUS KEJURULATIHAN AKAR UMBI FAM

Dokumen ini dalam bentuk ‘softcopy’ menggunakan format PDF sahaja
(kecuali GAMBAR BERUKURAN PASSPORT dalam format JPEG diterima).

=====================
Yuran & Cara Pembayaran
=====================

1. PENGINAPAN DISEDIAKAN
2. ⁠MAKAN & MINUM DISEDIAKAN
3. ⁠PAKAIAN PESERTA DISEDIAKAN
4. YURAN KURSUS KEJURULATIHAN ADALAH RM1200
5. PEMBAYARAN YURAN RM600 PERLU DILAKSANAKAN DI “PAYMENT GATEWAY” YANG DISEDIAKAN KETIKA PROSES BORANG PENDAFTARAN DIHANTAR
6. PERMOHONAN TANPA SEBARANG DEPOSIT PEMBAYARAN TIDAK AKAN DIPROSES.
7. TIADA PEMULANGAN PEMBAYARAN JIKA PESERTA MENARIK DIRI ATAS APA JUA ALASAN
8. KEMATIAN, KEMALANGAN BERSERTA KECEDERAAN SERIOUS BESERTA BUKTI SAHAJA AKAN DIMAJUKAN KE TARIKH KURSUS SETERUSNYA

=================================
Maklumat-Maklumat Lain Perlu Diketahui
=================================

* Program kursus sijil kejurulatihan FAM D adalah dibawah penganjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)
* Kursus ini dalam jangka masa 6 hari
* Peserta digalakkan tetapi tidak diwajibkan bermalam di tempat penginapan yang disediakan oleh penganjur
* Kedatangan untuk kesemua sesi adalah wajib dan memberi impak besar terhadap markah lulus peserta.
* Kesemua kursus kejurulatihan adalah dibawah pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
* Sijil kursus akan dikeluarkan oleh pihak FAM.
* Pihak FAS tidak bertanggungjawab diatas kecederaan yang berlaku sepanjang kursus ini dijalankan
* Kesihatan dan kesejahteraan peserta adalah tanggungjawab individu

Nama instruktor dan nama pembantu instruktor adalah di bawah tanggungjawab FAM melalui Bahagian Pendidikan Kejurulatihan (Coach Education Department). Oleh itu pihak penganjur tiada hak untuk memilih instruktor dan pembantu instruktor.

PENGANJUR MEMPUNYAI HAK UNTUK MENUKAR TARIKH DAN TEMPAT KURSUS.

Info Ringkas

Tarikh Kursus:
20-25 May 2024

Lokasi:
PADANG RADIA ARENA BUKIT JELUTONG SHAH ALAM

Tarikh Tutup Pendaftaran:
30 Apr 2024

KURSUS SIJIL KEJURULATIHAN
FAM D

Malaysian: RM850
Non-Malaysian: RM1100

KURSUS SIJIL KEJURULATIHAN
FAM D (WANITA)

Malaysian: RM850
Non-Malaysian: RM1100

KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA AFC/FAM C

Malaysian: RM2000
Non-Malaysian: RM2400

KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA AFC/FAM B

Malaysian: RM4000
Non-Malaysian: RM5000

KURSUS KEJURULATIHAN
AKAR UMBI FAM

Malaysian: RM350
Non-Malaysian: RM450