Teleflow Sertai Hakka International Challenge 2025 di Guangdong, China Sebagai Persiapan SCL 2025

ARTIKEL OLEH:


Teleflow menutup kem latihan luar negara selama lima hari di Guangdong, China menerusi penyertaan dalam kejohanan Hakka International Challenge 2025 — sebuah pentas kompetitif yang menjadi kayu ukur persediaan pasukan menjelang Selangor Champions League (SCL) 2025.

Trip ini menandakan pengalaman pertama pasukan menjalani aksi dan latihan antarabangsa, sekali gus membuka dimensi baharu dalam persediaan taktikal, mentaliti dan intensiti permainan pasukan. Walaupun masa persiapan untuk SCL agak singkat tahun ini, pengalaman berdepan kelab luar negara menjadi nilai tambah yang sangat besar.Suhu sekitar 13–14°C pada hari pertama memberikan kejutan awal kepada pemain. Udara nipis dan kesejukan memaksa mereka menyesuaikan diri dengan pantas — glove mula dipakai, lapisan pakaian ditambah, dan tempo latihan diatur semula. Namun dalam tempoh dua hari, pemain mula menunjukkan peningkatan ketara dari segi pernafasan, intensiti serta ritma permainan.

Keputusan Sepanjang Hakka International Challenge 2025

PerlawananLawanKeputusan
1Shenzhen Qinjiang Youth Football Team0–2
2Indonesian Hakka Association Tianbogong4–2
3Thailand SAT ALL STARS8–1

Sepanjang tiga perlawanan, Teleflow menghasilkan 12 gol — dengan 11 penjaring berbeza. Ini membuktikan kekuatan pasukan bukan hanya bergantung kepada seorang pemain, tetapi hadir melalui struktur pasukan, fleksibiliti posisi dan pemahaman sistem yang diterapkan oleh jurulatih.

Teleflow Pulang Dengan Keyakinan — SCL 2025 Menanti

Dengan persaingan SCL musim baharu dijangka lebih sengit, penyertaan dalam Hakka International Challenge 2025 menjadi pelaburan besar untuk memperkuat asas pasukan. Pengalaman cuaca sejuk, tempo tinggi serta pendedahan antarabangsa memberi keyakinan bahawa Teleflow kini lebih bersedia untuk bersaing di Selangor Champions League 2025.

Berita Terkini