Piala FAS 2024: Perlawanan Tumpuan Pusingan 64

ARTIKEL OLEH:

Piala FAS 2024 akan bersambung semula pada minggu ini di mana pusingan 64 pasukan Liga Super dan Liga Perdana akan terus melangkah ke pusingan 64 selepas pasukan Liga Bahagian 1 dan 2 beraksi dalam pusingan playoff sebelum ini. Dengan itu, perlawanan manakah yang perlu diberikan perhatian dari 25 perlawanan pada minggu ini?

MP Sepang Vs. KKB Brotherhood

Banyak tumpuan akan diarahkan ke juara bertahan Piala FA, MP Sepang, yang hadir selaku juara 2023 apabila mereka mengalahkan SFC Youth dalam sepakan penalti. Mereka memulakan musim Liga FAS mereka dengan kekalahan tipis berdepan juara Liga Super 2023, MBSA, 1-2 dalam Piala Sumbangsih. Namun, mereka berada dalam posisi yang baik dalam Liga Super setakat ini dengan dua kemenangan (Vs. Boss 2-1 & Sun Riders 3-0) dan satu kekalahan (Vs. NPNG 0-3), berada dalam tempat ketiga di Kumpulan A. MP Sepang lagi sekali diketuai oleh S. Tinagaran yang akan membantu barisan pertahanan, manakala wira perlawanan akhir Piala FAS, Afnan Irfan bakal sambung bersinar untuk MP Sepang.

Pemain Tumpuan: S. Tinagaran, Afnan Irfan 

Menanti mereka ialah satu pasukan yang boleh membawa cabaran sukar iaitu KKB Brotherhood. Juara Liga Bahagian 2 2023, yang baru-baru ini membuat penampilan pertama dalam Selangor Champions League (SCL) pada tahun lepas, telah memulakan kempen Bahagian 1 tahun ini dengan cermelang, Mereka memenangi dua-dua perlawanan mereka atas AU2 2-1 dan Kg Jawa Brothers 3-1 untuk berada di puncak Kumpulan B. Mereka juga menang besar atas pasukan Liga Bahagian 2, Lighthouse, 8-0, dalam pusingan playoff Piala FAS. KKB boleh bergantung pada penjaring terbanyak mereka setakat ini Syafiq Aqma untuk memberikan masalah kepada MP Sepang dan juga Syakir Fahmi untuk mengetuai baris pertahanan.

Pemain Tumpuan: Syafiq Aqma, Syakir Fahmi

MBSA Vs. Dream Village

Dua-dua pasukan tersebut memulakan musim mereka dengan gemilang di mana mereka setakat ini menang kesemua tiga perlawanan mereka dalam liga masing-masing. Bagi MBSA, mereka bukan sahaja menjadi juara Piala Sumbangsih, mereka juga menunjukkan penguasaan dengan kemenangan besar dalam dua perlawanan liga sebelum ini. Membuka musim liga dengan kemenangan 1-0 atas Teleflow, mereka teruskan rentak dengan mengatasi MBPJ 4-1 dan secara mengejutkan, membenamkan juara SCL 2022, MPKJ, 6-1 di mana Azizul Baharudin menjaringkan hat-trick dalam perlawanan tersebut. Izman Solehin juga merupakan salah satu pemain penting bagi MBSA sebagai pemain enjin di kawasan tengah dan beliau juga telah menjaringkan dua gol musim ini.

Pemain Tumpuan: Azizul Baharudin, Izman Solehin

Dream Village pula menewaskan Klasiko FC yang juga mempunyai rekod 100% dalam Liga Bahagian 2, 3-2 dalam pusingan playoff Piala FA untuk menghadapi MBSA. Fazrul Razzi dan Danial Hakimi Nazarman adalah pemain yang patut diperhatikan setelah menjaringkan jumlah tujuh gol antara mereka dalam Liga Bahagian 2. Dengan ini, Dream Village boleh dilihat sebagai awal calon juara Liga Bahagian 2 dan mereka boleh memberikan ujian sukar terhadap MBSA.

Pemain Tumpuan: Fazrul Razzi, Danial Hakimi Nazarman

Smart-Focus Vs. MMU

Pada musim lepas, Smart-Focus mengalami kesukaran menempuh hampir seluruh musim Liga Super pada tahun lepas di mana mereka tamat di tempat ke-enam dari lapan pasukan dalam kumpulan B. Pada musim ini, Smart-Focus berada di tempat kedua Kumpulan B dengan jumlah jaringan 12 gol selepas mencatat dua kemenangan besar. Mereka mulakan musim dengan keputusan 5-0 atas MBPJ, namun mereka tewas melawan MPKJ 0-1 akibat gol jaringan sendiri pada minit terakhir. Tetapi, Smart-Focus kembali ke jalan kemenangan selepas mengalahkan Anak Kalumpang 7-0. Wan Mohamad Hairi Asyraf setakat ini menjaringkan empat gol, cuma kurang satu dari penjaring tebanyak Liga Super 2024, Asnan Awal Hisham dari NPNG dan Faiq Mat Alwi, yang dapat lima gol untuk KS TPCA dalam Liga Perdana tahun lepas, bersambung mengagumkan dengan dua gol dalam tiga perlawanan liga.

Pemain Tumpuan: Wan Mohamad Hairi Asyraf, Faiq Mat Alwi

Dengan itu, Smart-Focus merupakan ujian sukar bagi MMU, yang masih ada rekod 100% dalam Liga Bahagian 2 belakang Klasiko dan Dream Village apabila mereka menang semua tiga perlawanan pertama. Di antara tiga perlawanan tersebut, mereka membenam pasukan Liga Bahagian 1, Sunday Cowboys 6-1 dalam pusingan playoff untuk dapat menghadapi Smart-Focus. Adam Ilmam menjaringkan dua gol ketika berlawan dengan Sunday Cowboys manakala Safuan Osop dapat dua gol dalam liga, terutamanya gol kemenangan yang penting atas Nilam Puri pada minggu perlawanan baru ini.

Pemain Tumpuan: Adam Ilmam, Safuan Osop

SA United Vs. Perlima United

SA United berjaya naik ke Liga Super musim ini selepas berakhir dalam empat pasukan teratas Liga Perdana musim lepas. Mereka mulakan musim ini dengan kemenangan 3-0 atas Sun Riders, mereka dibawa balik ke tanah bumi selepas ditewaskan oleh juara SCL 2023, Gombak FA 1-3 pada minggu kedua. Walaupun begitu, mereka mempunyai pemain yang membolehkan mereka untuk pergi jauh, terutamanya penjaga gol Aizat Roslim dan pemain tengah Haikal Yusri Feisal yang memainkan peranan utama dalam kejayaan promosi SA United musim lepas.

Pemain Tumpuan: Aizat Roslim, Haikal Yusri Feisal

Namun begitu, Perlima United merupakan satu pasukan yang semakin meningkat dalam tahun-tahun baru ini. Naik ke Liga Bahagian 1 musim ini selepas berakhir sebagai naib juara Liga Bahagian 2 tahun lepas, Perlima berjaya menang dua perlawanan pertama musim ini atas Genpro (2-0) dan AU2 (2-1). Faiz Ismail menharungi baju Perlima lagi sekali selepas menjaringkan 12 gol musim lepas sebagai penjaring terbanyak pasukan manakala Adam Danial Hazemi bakal mememberikan tenaga ke sebelah sayap padang sebagai pemain bek.

Pemain Tumpuan: Faiz Ismail, Adam Danial Hazemi

Berita Terkini