Dua pasukan baharu mengesahkan tiket ke SCL Playoffs 2025 selepas melangkah ke pentas akhir TSS All Star League 2025 — Grassmaster FC dan Projek Puncak FC.

Grassmaster FC mara selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Black Army Rovers, hasil jaringan awal yang menjadi pemisah. Sementara itu, Projek Puncak FC menundukkan Andra X Kental 4-1 dalam perlawanan penuh aksi berbalas serangan, sebelum dua gol lewat permainan memastikan kemenangan bergaya.

Perlawanan akhir nanti bakal menemukan semula Grassmaster dan Projek Puncak — dua pasukan dari kumpulan sama yang sebelum ini terikat 1-1 pada bulan lalu. Dalam pertemuan itu, gol Grassmaster disumbangkan oleh Thrishen Ramesh (kini bersama Bunga Raya FC di Liga A1 Semi-Pro) manakala Iman Rais, MVP Liga Perdana FAS 2025, menjadi penyelamat Projek Puncak.
Menariknya, Grassmaster FC kini berpeluang mengejar gelaran berganda apabila turut mendahului Derby Social League, satu lagi liga affiliate FAS, selepas lima minggu saingan.
Dengan penyertaan Grassmaster dan Projek Puncak, senarai pasukan yang layak ke SCL Playoffs 2025 melalui Liga Affiliate FAS kini merangkumi:
- KL Passion & Real Malaysia Club (EV League)
- Ingress & Oji FC (Selangor Amateur League)
Sementara itu, wakil yang telah sah layak melalui Liga FAS ialah:
- SA United
- Smart-Focus
- PNSB
- SFC Youth
- Klang City Sailors
- Bukit Kuching
- Malaysia Airports
- AAK
- Kenali Yakin