Undian kumpulan bagi FAS Youth League Bawah 18 Tahun (U18) 2025 telah berlangsung baru-baru ini, menyaksikan 32 pasukan diasingkan ke empat kumpulan utama.

Format pertandingan kekal sama seperti edisi 2024: setiap kumpulan menampilkan lapan pasukan, dan hanya empat pasukan teratas akan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir, dan perlawanan akhir.
Daripada 32 pasukan kali ini, 15 pasukan merupakan peserta edisi lalu, manakala 17 pasukan lain akan bertanding pada pertama kali dalam kategori U18.
Juara dan Naib Juara Kembali Menghangatkan Saingan
Juara bertahan Tunas Lagenda sekali lagi diundi ke Kumpulan D, di mana mereka akan bertemu semula dua seteru lama iaitu SA United dan KRU. Turut menyertai kumpulan ini ialah MBDK dan Jr Bangi yang kembali daripada edisi lepas, serta tiga pasukan yang bakal membuat kemunculan pertama: Klang City Sailors, Turi, dan South Avenue.
Sementara itu, naib juara tahun lalu, Isma Shah Alam, menghuni Kumpulan B. Mereka akan berdepan cabaran daripada ASFC, PKNS, Ukay Positif, Shah Alam City, dan Birchwood Jr yang kembali beraksi, selain dua pendatang baharu: Rain FC dan Najmi SFFC.
Keputusan Penuh Undian Kumpulan
Kumpulan A
- Soccer Ace
- Klasiko
- Forza Maju Jaya
- PSKK
- Maya FC
- Sunday Cowboys
- Gombak FA
- PNSB
Kumpulan B
- Ukay Positif
- ASFC
- Birchwood Jr
- PKNS
- Rain FC
- Shah Alam City
- Isma Shah Alam
- Najmi SFFC
Kumpulan C
- AAK
- Mas
- Anak Kalumpang
- Young Guns
- Sutama
- Port Rangers
- Perlima United
- Smart-Focus
Kumpulan D
- Klang City Sailors
- SA United
- South Avenue
- Jr Bangi
- KRU
- Tunas Lagenda
- MBDK
- Turi
FAS Youth League U18 2025 dijadualkan bermula pada 11 Oktober dan akan melabuhkan tirai pada 28 Disember. Nantikan saingan hebat bakat muda bola sepak Selangor dalam merebut kejuaraan musim ini!