Selepas beberapa bulan mengharungi aksi-aksi di Liga FAS dan Liga Ahli Gabungan FAS, sejumlah 11 pasukan telah mengesahkan tempat ke pusingan Playoff Selangor Champions League (SCL) 2025.

Pasukan-pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan — di mana satu kumpulan mengandungi enam pasukan dan satu kumpulan lima pasukan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik ke saingan SCL 2025, manakala pasukan di tempat ketiga bagi kedua kumpulan akan berentap dalam pusingan playoff khas untuk menentukan slot kelima.
Senarai Pasukan Playoff SCL 2025
Kumpulan A
- SA United (Suku Akhir Liga Super FAS 2025)
- KL Passion (Juara EV League)
- Rawang Bravers (Juara Derby Social League Divisyen 1)
- Oji FC (Naib Juara Selangor Amateur League)
- Ingress (Juara Selangor Amateur League)
- Smart-Focus (Suku Akhir Liga Super FAS 2025)
Kumpulan B
- AAK (Juara Liga Bahagian 2 FAS 2025)
- Red Cardinals (Naib Juara Derby Social League Divisyen 1)
- Projek Puncak Alam (Juara TSS All-Star League)
- SFC Youth (Suku Akhir Liga Super FAS 2025)
- Malaysia Airports (Naib Juara Liga Bahagian 1 FAS 2025)
Selain itu, tujuh pasukan sudah pun mengesahkan kelayakan ke SCL 2025 iaitu:
- MPKJ, Teleflow, NPNG, Bukit Rotan Baru (empat teratas Liga Super FAS 2025)
- Perlima United (Juara Liga Perdana 2025)
- Twenty-Four FC (Juara Foundation League)
- MBSA (Juara Piala Tan Sri Mustapha Kamal)
Tiga lagi slot disediakan untuk juara Liga Ahli Gabungan FAS, iaitu Liga Komuniti ISMA, Footy Premier League, dan Selangor Social League. OSV telah mengesahkan kelayakan sebagai Juara Footy Premier League, sekali gus mempertahankan kejuaraan mereka buat kali kedua berturut-turut. Manakala satu lagi tempat akan diberikan kepada salah satu naib juara daripada tiga liga tersebut.