Program Ziarah FAS di bawah Jawatankuasa Kebajikan Pemain FAS telah diadakan dengan melawat Clement Soosay, bekas pemain Selangor yang kini menetap di sebuah rumah jagaan di Bandar Sunway.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan FAS dalam menyantuni dan menjaga kebajikan bekas-bekas pemain yang pernah banyak berjasa kepada bola sepak Selangor. Inisiatif ziarah ini turut dibantu oleh Charles Stanislaus, anak kepada mendiang Michael Stanislaus, seorang lagi bekas pemain bola sepak Selangor yang menghubungi Sharon Sharmala Soosay anak kepada Clement Soosay.
Ziarah ini turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Kebajikan Pemain FAS yang juga merupakan lagenda bola sepak negara, iaitu K. Sanbagamaran dan Zainal Nordin, sebagai tanda sokongan moral dan penghargaan kepada bekas pemain Selangor.
FAS sentiasa komited melalui Jawatankuasa Kebajikan Pemain untuk terus membantu dan menyantuni bekas-bekas pemain yang telah menjulang nama Selangor di kancah bola sepak.


