Klang Gate, Sunday Cowboys, dan Maha FC boleh menarik nafas lega apabila mereka layak ke pusingan 32 bagi Kategori U16 Liga Junior FAS 2025.

Pada hari yang merupakan hari penentuan bagi beberapa pasukan, Kumpulan B merupakan kumpulan yang paling sengit di mana lima daripada enam pasukan masih berpeluang untuk menyambungkan pengembaraan mereka menuju ke hari perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Maha FC, yang memulakan hari perlawanan di tempat terakhir kumpulan, berjaya bangkit untuk menang dengan keputusan 2-1 ke atas MBDK. MBDK menjaringkan gol dahulu oleh Emeer Qusyairie pada minit ke-35.
Tetapi Maha FC, dalam 10 minit terakhir perlawanan, menjaringkan dua gol dalam empat minit melalui jaringan Zarif Hafiy dan Hariz Hafiz untuk masih memberikan pasukan peluang untuk layak dan sekaligus, menyingkirkan MBDK. Namun, Maha FC masih perlu menunggu keputusan pasukan lain untuk memberikan gambaran lebih cerah untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Sunday Cowboys juga perlu tunggu lebih lama selepas ditewaskan oleh juara Kumpulan B, Soccer Ace 1-4. Sunday Cowboys membuka tirai melalui jaringan sendiri Alif Zakwan selepas 15 minit perlawanan, namun Soccer Ace hanya memerlukan tujuh minit untuk mendapatkan gol penyamaan melalui tandukan S. Arwin. Tiga lagi gol oleh Raziq Hamzah, Haziq Firdaus, dan Dzariff Iqraam memastikan Soccer Ace mengakhiri peringkat kumpulan tanpa rekod kekalahan.
Dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Klang Gate mengakhiri harapan Kids 17 FC dengan kemenangan 2-0. Dua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Adam Fareez semasa separuh masa kedua dan keputusan tersebut mengesahkan Klang Gate, Sunday Cowboys, dan Maha FC untuk layak ke pusingan seterusnya bersama dengan Soccer Ace.
Dalam perlawanan pertama Kumpulan E, pasukan Mix Batu Caves menyingkirkan Puchong Rovers selepas mengatasi mereka dengan keputusan 4-0 dengan dua gol daripada Anas Qayyum, dan satu gol oleh Naufal Syafiq dan Danial Ronokarno. Keputusan tersebut bermakna Port Rangers layak sebelum sepak mula menentang Harimau United atas faktor minimum perbezaan gol ke atas Puchong Rovers, namun perlawanan Harimau United/Port Rangers berakhir dengan keputusan seri 0-0.
Dalam Kumpulan H, PNSB diberikan harapan selepas Mozyda ditewaskan oleh juara kumpulan, FC KL dan mereka hanya memerlukan minimum seri bagi perlawanan menentang Rocketeers untuk layak. Namun, dua gol oleh Nasriq Hakim, terutamanya pada hujung perlawanan, minit ke-55, melukakan hati PNSB, memberikan Rocketeers kemenangan 2-1. Ini menyebabkan Mozyda layak ke atas PNSB oleh sebab faktor perbezaan gol.
Dalam kumpulan lain di mana masih ada tempat kelayakan dibuka, PKNS hampir diberikan kejutan oleh SMOT apabila mereka bangkit daripada 1-3 untuk seri 3-3 menuju ke sepuluh minit terakhir perlawanan. Namun, PKNS berjaya bertahan untuk memperoleh satu mata yang diperlukan untuk layak dari Kumpulan A dengan PSKK, JR Bangi, dan Hala Tokio manakala SMOT disingkir dengan SA United.
Bagi Kumpulan D, Genpro berjaya menang 5-2 ke atas Sg Buloh Rovers untuk mengambil tempat kelayakan terakhir kumpulan.
Kedudukan kumpulan C, F, dan G sudah selesai sebelum hari terakhir perlawanan peringkat kumpulan.