**Terhad 30 Peserta

Kurus Kejurulatihan Lesen C

Ayuh mendaftar dalam senarai Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM B yang akan dianjurkan oleh PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR

mAKLUMAT kURSUS

Ayuh mendaftar dalam senarai Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM B yang akan dianjurkan oleh PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR.

TARIKH KURSUS SESI 1: 3HB SEPTEMBER HINGGA 12HB SEPTEMBER 2022
TARIKH KURSUS SESI 2: 13HB NOVEMBER HINGGA 22HB NOVEMBER 2022
LOKASI: PADANG RADIA ARENA BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 10HB AUGUST 2022

Terhad kepada 30 orang peserta untuk setiap sesi kursus

PENDAFTARAN INI MEMERLUKAN ANDA MEMPUNYAI EMAIL GMAIL UNTUK MUAT NAIK SIJIL KEJURULATIHAN FAM C , SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA & GAMBAR PASSPORT

Maklumat Penting & Syarat-Syarat Individu bagi Permohonan Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM B

=======================
Syarat Utama Bagi Pemohon
=======================

Syarat-Syarat Utama Bagi Pemohon adalah seperti berikut:

1. Mempunyai Minat.
2. Mengurus dan mahu memperbaikI kemahiran jurulatih.
3. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit yang serius.
4. Mampu untuk melaksanakan aktiviti kecergasan didalam module Kejurulatihan Diploma AFC/FAM B
5. Tiada mempunyai kecederaan yang serius yang menghalang peserta terlibat dalam aktiviti padang.
6. Sudah lulus menjalankan Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C
7. Sudah mempunyai Sijil Kursus Kejurulatihan AFC/FAM C.
8. Sudah mempunyai setahun pengalaman dari Lulus Kursus Kejurulatihan AFC/FAM C.
9. Aktif dalam kejurulatihan di peringkat Akademi & Kelab Bolasepak.

=======================
Cara Permohonan
=======================

Borang permohonan perlulah lengkap di isi oleh peserta. Permohonan yang tidak lengkap, dianggap tidak diterima untuk urusan pemprosesan.

Permohonan hanya melalui ‘online’ sahaja.

Dokumen WAJIB diperlukan adalah:
1. SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA (PDF FORMAT)
2. SALINAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT (JPEG FORMAT berlatarbelakang biru/putih)
3. RESIT SLIP BUKTI PEMBAYARAN (PDF FORMAT) .
4, SALINAN SIJIL KURSUS KEJURULATIHAN AFC/FAM C (PDF FORMAT)

Dokumen ini dalam bentuk ‘softcopy’ menggunakan format PDF sahaja
(kecuali GAMBAR BERUKURAN PASSPORT dalam format JPEG diterima).

=====================
 Yuran & Cara Pembayaran
=====================

Yuran adalah RM3,800.00
PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
AKAUN NUMBER: 12131010011689

Hanya 30 peserta dibenarkan untuk memohon. Oleh itu, pendaftaran berdasarkan kadar segera peserta memohon. Jika sudah melebihi 30 peserta, nama akan disenaraikan dalam ‘senarai menunggu’.

Yuran sudah termasuk perkara berkaitan sepanjang kursus iaitu:
a) Empat helai pakaian baju jersi untuk sesi padang.
b) Empat helai pakaian baju berkolar untuk sesi kelas.
c) Minum pagi, makan tengahari dan makan malam.
d) Minuman ringan untuk sesi latihan padang pagi dan petang.
e) Penginapan sepanjang kursus.
f) Pemain demo untuk digunakan bagi sesi practical assessment sebanyak 3 kali.

* Deposit 50% atau RM1900 perlu disertakan ketika mengisi & menghantar borang permohonan secara ‘online’.
* Slip transaksi pembayaran perlu disertakan ketika mengisi & menghantar borang permohonan secara ‘online’.
* Permohonan tanpa sebarang deposit pembayaran tidak akan diproses.
* TIADA PEMULANGAN WANG PENDAFTARAN JIKA PESERTA MENARIK DIRI DARI KURSUS INI.

Bayaran penuh perlu diselesaikan 2 minggu sebelum program kursus dijalankan. Segala Pembayaran hanya diterima secara online banking sahaja.

=================================
Maklumat-Maklumat Lain Perlu Diketahui
=================================

* Program Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM B adalah dibawah penganjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)
* Kursus ini dalam jangka masa 20 hari
* Kursus dijalankan mengikut pecahan berikut:
– MODULE 1 dijalankan selama 10 HARI
– SELANGAN KEJURULATIHAN AKTIF SELAMA 8 MINGGU (REHAT)
– MODULE 2 dijalankan selama 10 HARI
* Peserta digalakkan bermalam di tempat penginapan yang disediakan oleh penganjur
* Kedatangan untuk kesemua sesi adalah WAJIB memberi impak besar terhadap markah lulus peserta.
* Kesemua kursus kejurulatihan adalah dibawah pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
* Sijil kursus akan dikeluarkan oleh pihak AFC & FAM.
* Pihak FAS tidak bertanggungjawab diatas kecederaan yang berlaku sepanjang kursus ini dijalankan
* Kesihatan dan kesejahteraan peserta adalah tanggungjawab individu

Nama instruktor dan nama pembantu instruktor adalah di bawah tanggungjawab FAM melalui Bahagian Pendidikan Kejurulatihan (Coach Education Department). Oleh itu pihak penganjur tiada hak untuk memilih instruktor dan pembantu instruktor.

Penganjur mempunyai hak untuk menukar tarikh dan tempat kursus.

(PASTIKAN SUDAH MEMBACA SERTA MEMAHAMI SETIAP PERKARA DAN MAKLUMAT PENTING)

==================================

*PENDAFTARAN KURSUS*

Sebelum mendaftar:
1. Sila baca Syarat Individu (Utama)
2. Sila baca Yuran & Cara Pembayaran
3. Sila baca Maklumat-Maklumat lain

Info Ringkas

Sesi 1:
3 -12 Sept 2022

Sesi 2:
13 -22 Nov 2022

Lokasi:
Padang Radia Arena, Bukit Jelutong, Shah Alam

Daftar Sebelum:
10 Ogos 2022

Kursus Akar Umbi

Malaysian: RM250
Non-Malaysian: RM250

Kursus LESEN B

Malaysian: RM700
Non-Malaysian: RM1000

Kursus LESEN C

Malaysian: RM1800
Non-Malaysian: RM2200

Kursus LESEN D

Malaysian: RM3800
Non-Malaysian: RM4500