FAS Girls League 2025: Barisan Semakin Besar Dengan Enam Pasukan Baru

ARTIKEL OLEH:

FAS Girls League U15 2025 bakal bermula pada minggu ini di mana sebanyak 15 pasukan akan bertanding pada musim ini.

Daripada 15 pasukan tersebut, 6 pasukan akan membuat penampilan pertama dalam saingan yang memasuki edisi ke-2 ini, manakala 3 pasukan daripada edisi lepas tidak bertanding tahun ini iaitu Melaka, Soccer Ace, dan Real CJ.

6 pasukan baru yang akan bertanding adalah SSMP, Ghimau Gegurl Zero4, My World, Perlima United, Future FA, dan Selangor FC. 

15 pasukan dipisahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan A mengandungi lapan pasukan manakala Kumpulan B mengandungi tujuh pasukan. Berikut adalah keputusan undian kumpulan

Kumpulan A

SFC Soccer School

SSMP

Ghimau Gegurl Zero4

My World

Perlima United

SSS Leopard

Sime Daby

Sternen


Kumpulan B

Future FA

FC Serayan Women

Junior Bangi
ASFC

Velocity

Selangor FC

KL Havana

Empat pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya. Jika dua pasukan atau lebih berakhir dengan jumlah mata yang sama, penentuan kedudukan adalah berdasarkan keputusan ‘Head-to-Head’ dahulu dan selepas itu, perbezaan gol, jumlah jaringan, dan jumlah mata ‘fairplay’.

Edisi pertama FAS Girls League U15 dimenangi oleh SSS Leopard di mana mereka menewaskan SFC Soccer School dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan akhir. Dua-dua pasukan tersebut diundi dalam kumpulan sama bagi musim ini.

FAS Girls League U15 2025 akan bermula pada minggu ini, 11hb Oktober bertempat di Radia Arena, Bukit Jelutong.

Berita Terkini