FAS GRASSROOTS FOOTBALL NETWORK

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) secara rasminya telah melancarkan FAS Grassroots Football Network (GFN), sebuah platform dan inisiatif yang bakal menghubungkan semua penggiat bola sepak akar umbi di seluruh negeri Selangor. Pendaftaran untuk FAS GFN dibuka kepada umum dan ia merupakan sebuah platform eksklusif untuk semua yang berdaftar sahaja.

Tujuan utama FAS GFN adalah untuk menyokong pembangunan bola sepak akar umbi dengan penganjuran program dan pendidikan bola sepak seperti FAS Innovation Hub (FASIH), bengkel bola sepak, kursus jurulatih dan pengadil, klinik bola sepak dan pertandingan bola sepak.

Setakat ini, sudah hampir 300 ahli FAS GFN yang berdaftar. Dengan adanya daya usaha ini, pihak FAS lebih memandang ke hadapan untuk menganjurkan lebih banyak program kepada semua yang terlibat dalam kancah bola sepak akar umbi di negeri Selangor dari pemain, jurulatih, pengadil dan lain-lain demi menaikkan lagi taraf pembangunan bola sepak akar umbi bukan sahaja dari segi daya saing di atas padang, malah dari pengetahuan umum bola sepak secara seluruh juga.