Terbentuk pada tahun 1999, Yokohama FC merupakan pasukan bolasepak yang dimiliki sepenuhnya oleh peminat mereka sendiri. Kelab yang berpengkalan di bandar Yokohama ini merupakan salah satu kelab alternatif yang ditubuhkan sendiri oleh peminat-peminat mereka sebagai tanda protes kepada pasukan kesayangan mereka, Yokohama Flugels.

 

Yokohama Flugels memutuskan untuk membuat penggabungan bersama satu lagi kelab dari Yokohama iaitu Yokohama Marinos. Flugels yang tiba-tiba kehilangan penaja utama mereka iaitu Sato Kogyo dan All Nippon Airways, memutuskan untuk menjual pemain-pemain mereka kepada Yokohama Marinos dan pemilik Flugels menyuruh penyokong mereka untuk menyokong Marinos.

Yokohama Marinos. Photo by Tokyo Weekender.

Penyokong Flugels merasakan yang penggabungan itu bukanlah satu solusi yang seharusnya pihak pengurusan perlu lakukan kerana Marinos merupakan seteru utama meraka. Serta untuk menyokong pasukan yang sememangnya dibenci oleh mereka adalah satu perkara yang mustahil.

 

Jadi, penyokong-penyokong setia ini nekad untuk tidak lagi menyokong Flugels dan membentuk satu lagi pasukan baru iaitu Yokohama FC. Namun bagaimana pasukan yang hanya diterajui ahli komuniti ini mampu untuk menjadi salah satu pasukan utama yang bermain di J-League 2?

 

Perkara pertama yang dilakukan oleh penyokong-penyokong ini adalah dengan mencari dana untuk menampung perbelanjaan pasukan Yokohama FC. Disebabkan kisah mengenai penyokong yang dipaksa untuk menyokong pasukan seteru ini dimainkan media, berita mengenai mereka tersebar luas dan mendapat perhatian banyak pihak.

 

Jadi penyokong yang telah dikecewakan ini membuka tabung  dan mengumpul derma di komuniti sekitar Yokohama. Selain itu, mereka juga berjaya menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat pengurusan bakat iaitu International Management Group (MIG).

Japan Football Association

Setelah mempunyai dana yang cukup, mereka meyakinkan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) untuk menjadikan Yokohama FC sebagai pasukan yang berdaftar di bawah francais Liga Bola Sepak Jepun (JFL). JFL merupakan liga bola sepak peringkat ke-tiga di Jepun. Kalau di Malaysia, JFL adalah diibaratkan seperti Liga FAM.

 

Yokohama FC melantik jurulatih daripada Jerman iaitu Pierre Littbrasky dan juga salah satu siaran televisyen tempatan bersetuju untuk menayangkan perlawanan mereka di kaca televisyen. Ianya adalah berpunca daripada semangat luar biasa yang dipamerkan penyokong-penyokong mereka.

 

Kesetian yang dipamerkan oleh penyokong-penyokong dan juga populariti yang dimiliki oleh Yokohama ini melebihi daripada apa yang dijangkakan oleh JFL.

 

Yokohama mempamerkan aksi yang cemerlang di JFL dengan menjadi juara pada tahun 1999. Musim seterusnya, Yokohama mempamerkan kecemerlangan mereka sekali lagi kali ini menjadi juara tanpa kalah dengan rekod 19 menang dan satu seri.

 

Hasil daripada itu, Yokohama berjaya melayakkan diri ke J2 League. Pada tahun 2006, Yokohama sekali lagi beraksi cemerlang dan berjaya menjuarai J2 League dan sekaligus menempah slot ke J1 League.

 

Namun perjalanan Yokohama di liga paling beprestij di Jepun itu tidaklah seperti yang diharapkan dan hanya mampu menang 4 perlawanan sekaligus diturunkan semula ke J2 League. Tetapi sudah pasti Yokohama berjaya merekodkan satu memori manis selepas menewaskan Marinos dalam perlawanan Yokohama Derby.

Kini Yokohama FC bermain di J2 League dan mempunyai stadium mereka sendiri iaitu NHK Spring Mitsuzawa Football Stadium dan mampu menampung sebanyak 15,046 penonton pada satu masa.

 

Apa yang pasti, sokongan yang dipamerkan oleh komuniti di Yokohama sangatlah sukar kita bayangkan. Bermula daripada kosong, komuniti tersebut membawa pasukan Yokohama FC ke liga tertinggi di Jepun dan ianya sudah terbukti bahasa, sokongan komuniti adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan sesebuah kelab.

 

Leave a Reply

P