Juara Selangor Champions League 2017 iaitu Axis O2 menjangkakan bahawa saingan pada musim ini akan menjadi lebih sengit dengan kehadiran pasukan baru dan agak sukar untuk mereka mempertahankan kejuaraan yang dikecapi pada musim lalu.

Menurut Shaifulnizam Md Salleh yang merupakan pengurus pasukan Axis O2 FC, sememangnya sebagai juara bertahan, harapan terhadap pasukan semestinya tinggi. Namun beliau menegaskan bahawa pemain beliau harus kekal tenang dan sentiasa focus dalam setiap perlawananan.

“Sememangnya saingan tahun ini dijangka lebih sengit dari edisi yang lalu. Ini jelas dengan persiapan rapi pasukan-pasukan SCL2018 dari segi penambahbaikkan pengurusan, pemain dan juga kewangan” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, Axis O2 perlu mengorak langkah satu demi satu untuk melangkah sejauh mungkin untuk menjadi pesaing kepada pasukan-pasukan hebat musim ini.

Shaifulnizam juga menyatakan pasukan seperti NPNG, ZXIV, ABMK, MPKJ Lions serta Puchong Fuerza bakal memberikan saingat yang sengit bagi musim ini.

Beliau berharap pemain-pemain AXIS o2 akan mengekalkan semangat juang yang tinggi meskipun persekitaran musim ini berbeza dengan musim yang lalu. Beliau juga mengharapkan kemasukan pemain baru dalam pasukannya dapat memberikan impak positif.

Untuk musim ini, seramai 15 pemain digugurkan daripada skuad musim lalu atas faktor kecederaan juga pihak pengurusan Axis O2 FC memutuskan untuk memberi peluang kepada kepada pemain berumur bawah 21 tahun untuk bermain. Namun rata-rata pemain utama pasukan serta pihak pengurusan masih lagi dikekalkan.

Selangor Champions League 2018 bakal membuka tirainya pada 15 September 2018 dan perlawanan akan berlangsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya bermula jam 4.oo petang.

Leave a Reply

P