MPKJ The Lions vs Paya Jaras Hiliran

MPKJ ketika ini menghuni tangga kelima dalam kumpulan dimana mereka berjaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan SCL pada minggu ke-5. Lawan mereka, Paya Jaras Hiliran pula masih lagi menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Saya berpendapat MPKJ bakal memenangi perlawanan ini oleh kerana mereka berada berada dalam prestasi terbaik manakala PJH masih lagi tercari-cari rentak permainan mereka.

Ramalan saya: MPKJ The Lions 2-0 Paya Jaras Hiliran

 

KRU Port Klang FC vs Duta ZXIV

Pertembungan diantara kedua-dua pasukan ini boleh dianggap sebagai “match of the week”. Barisan serangan kedua-dua pasukan yang sememangnya terkenal dengan sangat tajam bakal menjadi tumpuan utama peminat.

Menarik untuk kita saksikan bagaimana Medina Mbeguerre dan Jaqcue Faye akan mengkucar-kacirkan barisan pertahanan KRU. Begitu juga sebaliknya menarik untuk kita saksikan bagaimana Parjo dan rakan-rakan bakal menguji kekuatan pertahanan ZXIV.

Ramalan saya: KRU Port Klang 2-2 Duta ZXIV

 

Cheras Raptors vs Subang City FC

Raptors mengalami kekalahan pertama dalam saingan SCL 2018 dimana mereka tewas kepada KRU Port Klang minggu lalu. Subang City pula hanya mampu mengutip satu mata ketika mereka diikat oleh Gombak Hypernova.

Cheras bakal diperkuat kembali oleh ketua pasukan mereka, Amares Singh dan perkara ini sememangnya bakal menjadi inspirasi tambahan buat Raptors. Namun, Subang juga mempunyai pemain yang mampu membuat perbezaan iaitu Naveen Devarajoo.

Ramalan saya: Cheras Raptors 2-1 Subang City FC

 

Puchong Fuerza vs Axis O2 PJ FC

Satu lagi perlawanan yang boleh dikategorikan sebagai “match of the week”. Axis ketika ini mendahului kumpulan A manakala Puchong mengekori rapat dibelakang dengan menduduki tangga ketiga.

Kedua-dua pasukan mencatat kemenangan pada perlawanan minggu lalu dan sudah pasti mereka bakal turun dengan corak permainan terbaik untuk menduduki tangga teratas kumpulan A.

Saya berpendapat Axis mempunyai kelebihan disini dengan prestasi semasa pemain seperti Desmond Amadi dan Shafeez Ibrahim. Namun, harus diingat Puchong juga mempunyai senjata tersendiri iaitu Afiq Azmi.

Ramalan saya: Axis O2 3-2 Puchong Fuerza

 

Banting Naga FC vs ABMK

ABMK masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan SCL musim 2018 dan menduduki tangga kedua kumpulan A dibelakang pasukan Axis O2.

Banting Naga pula berada di tangga ketujuh dimana mereka hanya mampu mengutip 4 mata setakat ini.

Saya merasakan ABMK mampu untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka kerana prestasi semasa mereka yang berada dalam keadaan yang baik.

Ramalan saya: ABMK 3-1 Banting Naga FC

 

Kajang AZS vs NPNG Damansara Damai

NPNG masih lagi kukuh dan menerajui kumpulan B dengan kutipan 14 mata setakat ini berbanding lawan mereka iaitu Kajang AZS yang menduduki tempat keempat dengan kutipan 10 mata.

Kredibiliti Ridhwan Johan dan Lookman Nor Hakim akan teruji sekali lagi memandangkan Kajang adalah satu pasukan yang mantap ketika bertahan. Untuk mendapatkan jaringan pula, Kajanh sudah pasti akan bergantung kepada Phillip Abbah.

Ramalan saya: NPNG Damansara Damai 3-2 Kajang AZS

 

CABJ vs Gombak Hypernova

Gombak berjaya meraih mata pertama dalam saingan SCL 2018 dimana mereka mengikat seri pasukan Subang City FC pada perlawanan minggu lalu. Manakala lawan mereka pula tewas kepada NPNG dengan keputusan 4-0 pada perlawanan minggu yang keenam.

Saya berpendapat Hypernova bakal muncul sebagai pemenang kerana mereka dilihat sudah menemui rentak sebenar.

Ramalan saya: CABJ 1-2 Gombak Hypernova

 

Leave a Reply

P